UiTM juara cabaran Shell Eco-Marathon 2017 di Singapura

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

UiTM juara cabaran Shell Eco-Marathon 2017 di Singapura

Dua pasukan Malaysia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) muncul pemenang dalam kategori bahan api hidrogen di kejohanan ke-8 Shell Eco-Marathon Asia 2017 di Singapura.

Pencapaian itu adalah kejayaan kali keempat berturut-turut buat wakil daripada UiTM itu. Perlumbaan ini melibatkan kenderaan prototaip yang menggunakan bahan api hidrogen kategori bahan api effisien.

Pengurus pasukan UiTM Eco-Sprint Amirah Athirah Rohazam berkata: “Saya gembira dengan kemenangan pasukan saya dan berharap ia akan membantu untuk mempopularkan mata pelajaran STEM di sekolah-sekolah Malaysia, terutamanya bagi kanak-kanak perempuan.”

Shell Eco-marathon adalah satu pertandingan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang minat dalam membangunkan penyelesaian mobiliti inovatif dalam membentukbentuk, dan memandu kenderaan yang paling cekap tenaga.

Setiap pasukan pelajar akan terlibat dalam membina kereta untuk bersaing dalam tiga kategori yang berbeza berdasarkan sumber-sumber tenaga: enjin pembakaran dalaman, sel bahan api hidrogen dan bateri berkuasa elektrik.

Pasukan juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD3,000.

Sebanyak tujuh pasukan Malaysia daripada lima universiti iaitu UiTM, UM, Monash University Malaysia, Universiti Multimedia, Universiti Tunku Abdul Rahman telah mengambil bahagian dalam acara empat hari ini yang bermula pada hari Khamis yang memaparkan perlumbaan trek melibatkan prototaip dan kenderaan yang berkonsep urban.

Tahun ini, buat kali pertama, ia dianjurkan bersama-sama Make The Future Singapore Festival, festival tahunan bertemakan idea dan inovasi mengenai bright energy dan penyelesaian yang menangani cabaran tenaga global – bagaimana untuk memenuhi permintaan tenaga masa depan, manakala menghadkan pelepasan CO2.

Syabas diucapkan kepada pasukan UiTM. Semoga kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar UiTM untuk lebih berani menyahut cabaran di peringkat antarabangsa.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE