UiTM Menang Kumpulan Terbaik Dan Tempat Ketiga GACC

Dua kumpulan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam memenangi tempat ketiga dan kumpulan terbaik untuk kategori berkumpulan dalam Kejohanan catur Grand Asian Chess Challenge (GACC) Ke-21. Kumpulan UiTM Shah Alam Lions A mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500, sebuah piala dan enam keping pingat.

Manakala bagi kumpulan terbaik iaitu UiTM Shah Alam Lions B, mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, sebuah plak Royal Selangor dan enam keping pingat. Sementara itu, tempat pertama kategori berkumpulan dimenangi oleh Universiti Kalkutta dari India yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000, trofi Royal Selangor Challenge dan enam keping pingat.

Bagi kategori individu pula, tempat pertama dan kedua turut dimenangi oleh Universiti Kalkutta iaitu tempat pertama Das Sayantan, 19, beliau membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM1500 dan tempat kedua Ghosh Diptayan, 18, yang membawa pulang trofi dan RM1,000.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengetua Kolej Kediaman Tunku Bahiyah, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pengarah GACC 2017, Daniel Wong Guan Xiang.

Terdahulu dalam ucapannya, Nahrizul mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berharap acara tersebut akan menarik lebih ramai anak muda untuk menyertai GACC di masa akan datang.

“Saya juga berbangga kerana kami berjaya menganjurkan kejohanan seperti ini yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara universiti tempatan dan antarabangsa,” ujarnya.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad