Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

UiTM Mendominasi Musica Eterna Roma International Choir Festival & Competition di Itali

SHAH ALAM 26 Julai – UiTM menempah sejarah dalam sejarah dalam pembangunan seni muzik di negara ini apabila memperoleh kejayaan berganda dalam pertandingan koir peringkat antarabangsa di Rom, Itali pada 14 Julai lalu.

Dalam pertandingan yang dikenali sebagai ‘Musica Eterna Roma International Choir Festival & Competition’ itu, pasukan pelajar UiTM Chamber Choir (UCC) menggondol anugerah tempat pertama bagi kategori wanita selain mendapat anugerah khas persembahan terbaik serta memperoleh markah tertinggi.

Bagi kategori lelaki pula, UCC turut mendapat tempat pertama manakala selain mendapat pingat emas bagi kategori campuran.

Dekan Fakulti Muzik UiTM, Prof. Madya Dr. Tazul Tajuddin berkata, pencapaian UCC itu merupakan satu yang amat mengagumkan sekaligus membuktikan kemampuan anak tempatan dalam bidang seni muzik koir di peringkat antarabangsa.

“Sebanyak 13 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini antaranya Taiwan, Hong Kong, Belgium, Indonesia, Ireland, Great Britain, Itali, Croatia dan Afrika Selatan.

“Bagaimanapun, kita bertuah memenangi kategori yang dipertandingkan dalam acara berprestij ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa sama, Dr. Tazul turut berterima kasih dengan Dr. Masashi Kishimoto yang memainkan peranan besar selaku konduktor kepada UCC. – UTUSAN ONLINE

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Biasiswa MAXIS 2017

TENTANG BIASISWA Biasiswa ini ditawarkan kepada lepasan diploma atau ijazah yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah / diploma lanjutan lepasan ijazah (dalam mana-mana

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad