Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

UiTM rangkul tiga emas acara badminton di Filipina

Sinar harian

PASUKAN UiTM terus cemerlang apabila merangkul tiga emas dalam acara badminton Kejohanan Sukan Universiti Asia Pasifik ke-2 (APUG) 2017 di University of Cebu City, Bandar Cebu, Filipina semalam.

Penolong Pegawai Sukan Pusat Sukan UiTM, Muhammad Syahir Rasyidi Saad berkata, emas itu diraih menerusi acara perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu wanita.

“Syukur pemain begitu komited dan menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan. Walaupun pada awalnya agak sukar kerana diberi cabaran sengit atlet tuan rumah, tetapi pemain UiTM dapat menyerap tekanan dan menterjemahkan dalam bentuk kemenangan.

UITM ORIGINAL SERIES-REDUiTM Sweater Original Series – Classic Red are uniquely crafted using a screen-print technique…

Posted by Made In UiTM on Monday, 16 October 2017

“Saya bangga prestasi dipamerkan mereka dan harap selepas ini banyak lagi pingat yang mampu pemain kutip dalam acara lain yang sedang berlangsung kini,” katanya menerusi aplikasi WhatApps kepada Sinar Harian di Filipina, hari ini.

Sementara itu, pasukan ping pong UiTM terpaksa berpuas hati meraih pingat perak apabila muncul naib johan dalam acara berpasukan, beregu lelaki dan beregu wanita.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Sekolah Sukan Filipina (FESSAP) ini melibatkan empat acara sukan dipertandingkan iaitu badminton, tenis, ping pong dan bola keranjang dan disertai Malaysia, China dan Filipina.

Sumber – Sinar Harian

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad