UiTM Sertai Senarai Universiti Elit Dunia

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

UiTM hulur sumbangan kepada bapa pelajar maut ditanduk kerbau

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) menyertai senarai universiti elit dunia apabila 12 daripada 48 subjeknya tersenarai dalam ‘QS World University Rankings by Subjects 2018’.

Naib Canselor, Profesor Emiritus Datuk Dr Hassan Said, berkata 12 subjek yang disenaraikan adalah Senibina dan Alam Sekitar, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Pertanian dan Kehutanan, Ubat, Farmasi dan Farmakologi, Kimia, Perakaunan dan Kewangan, Pengajian Perniagaan dan Pengurusan dan Pendidikan.

“Semua subjek disenaraikan berdasarkan prestasi mereka menerusi empat petunjuk iaitu reputasi rakan akademik, reputasi siswazah oleh majikan, jumlah Scopus diindeks artikel yang dikutip dalam tempoh lima tahun dan indeks H yang juga diekstrak dari Scopus.

“Empat bidang yang tersenarai dalam penarafan dunia iaitu Sains Sosial dan Pengurusan, Kejuruteraan dan Teknologi, Seni dan Kemanusiaan dan Sains Hayat dan Perubatan menunjukkan peningkatan malah Ilmu Hayat dan Perubatan pertama kali disenaraikan dalam kedudukan 451-500 subjek terbaik di dunia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, peningkatan sebanyak 326 yang kebanyakannya disumbangkan oleh reputasi graduan oleh majikan dan indeks H dari Scopus sekaligus membuktikan keyakinan para majikan terhadap graduan UiTM terus meningkat.

“Peningkatan dalam indeks H dari Scopus menunjukkan bahawa kakitangan akademik berjaya menghasilkan penulisan penyelidikan yang berkualiti dan dijadikan rujukan antarabangsa, “katanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE