
Selepas mengeluarkan single terbaru bersama pemenang Grammy 9 kali Usher, Yuna kini mengorak langkah lebih jauh. Album terbarunya, ‘Chapters’ berjaya memasuki carta Top 10 di Billboard dalam kategori Album R&B terbaik.
“Album saya, ‘Chapters’ adalah salah satu daripada 10 album R&B terbaik 2016: Pilihan Pengkiritik…Terima kasih @billboard,” tulis Yuna di laman Twitter.
Selain Yuna, Beyonce, Rihanna dan John Legend juga menduduki carta 10 terbaik.
‘Chapters’, yang merupakan album kelima Yuna, termasuk kerjasama dengan beberapa artis antrabangsa seperti Usher dan DJ Premier.
Lagu-lagu hit dari album itu termasuk Crush, Places to Go dan Lanes.
Sekali lagi, syabas dari kami buat Yuna!


