Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Pelajar Cemerlang Sambut Kejayaan Tanpa Kehadiran Bapa Tercinta

“Ayah sangat berharap dapat melihat saya menerima anugerah, tapi beliau tak sempat melihat saya menyarung jubah konvokesyen. Namun, saya rasa dia seolah-olah berada dekat dengan saya,”

Penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mohammad Asyraf Khalib tetap mengukir senyuman walaupun meraikan kejayaan tanpa kehadiran bapa tercinta yang meninggal dunia ketika beliau di semester pertama.

Hanya bekas majikan dan rakan sekerja hadir meluangkan masa meraikan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional itu.

Kejayaan menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.87, tidak datang mudah kerana anak yatim itu juga terpaksa bekerja separuh masa bagi membantu keluarga

Mohammad Asyraf, 23, dari Kodiang, Kedah 23, menjadi harapan keluarga selepas kematian bapanya ketika beliau di semester pertama pengajian di UiTM.

“Saya hampir berputus asa untuk belajar, namun tetap teruskan dengan dorongan pensyarah. Ayah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan selepas itu ibu pula sakit,” katanya.

Ditemui pada sidang keempat Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di sini hari ini, Mohammad Asyraf berkata, beliau terpaksa bekerja untuk meringankan beban ibu yang ada masalah kesihatan.

“Saya bekerja di sebuah kafe berdekatan kampus untuk menampung perbelanjaan di universiti serta keluarga di kampung. Walaupun dapat biasiswa, tidak mencukupi.

“Saya juga menjadi penghantar barang di sekitar Lembah Klang dengan motosikal. Hasil pendapatan, sebanyak RM400 sebulan diperuntuk untuk belanja ibu dan adik di kampung,” katanya.

Mohammad Asyraf yang pernah beberapa kali pengsan akibat tidak cukup rehat kerana sibuk belajar dan bekerja, mendedikasikan kejayaan kepada arwah bapanya.

“Ayah sangat berharap dapat melihat saya menerima anugerah, tapi beliau tak sempat melihat saya menyarung jubah konvokesyen. Namun, saya rasa dia seolah-olah berada dekat dengan saya,” katanya.

Beliau yang kini bekerja di syarikat telekomunikasi terkemuka, merancang melanjutkan pengajian peringkat sarjana sebelum menjadi pendidik seperti arwah bapanya.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad