Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Zulfadli, Noorazlinda Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati Uitm 2016

 

Prestasi cemerlang sepanjang 2016 menyaksikan atlet badminton, Zulfadli Zulkiffli, dan Noorazlinda Zakaria daripada sukan boling padang dinobatkan Olahragawan serta Olahragawati sempena Majlis Anugerah Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2016.

Pemain badminton profesional negara Zulfadli Zulkifli dan atlet boling padang wanita negara Noorazlinda Zakaria dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2016 pada Majlis Anugerah Sukan UiTM di sini.
Zulfadli berjaya meraih tiga kejayaan pada 2016, antaranya menjuarai Kejohanan Grand Prix (GP) Brazil dan juga GP Russia menyaksikan beliau menjadi pilihan bagi Anugerah Olahragawan.

Penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan itu mengatasi enam lagi calon, antaranya atlet pelayaran yang juga pemenang tiga kali anugerah ini, Khairulnizam Mohd Afendi.

Turut mendapat pencalonan, pemain hoki kebangsaan, Meor Muhamad Azwan Hasan dan juga Ezuan Nasir Khan daripada sukan menembak.

“Saya harap anugerah ini dapat dijadikan batu loncatan untuk saya berlatih lebih kuat lagi dan secara tidak langsung akan memberi keputusan yang bagus dalam karier saya pada masa akan datang,” ujar bekas juara remaja dunia itu.

Sementara itu, Noorazlinda dipilih sebagai olahragawati berdasarkan kepada beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa yang diraihnya, antaranya dua emas dalam Kejohanan Boling Padang Asia di samping pingat perak dalam Kejohanan Hong Kong Klasik.

Dia yang menuntut dalam jurusan Diploma Pengajian Sukan mengetepikan pencalonan lain termasuk pemenang 2015, Khairuneeta Mohd Afendi, yang beraksi dalam sukan pelayaran selain atlet gimnastik, Nur Eli Ellina Azmi.

“Saya tak jangka akan menang, walaupun pernah menyimpan impian untuk menang.

“2016 adalah tahun untuk saya,” katanya.

Syabas diucapkan kepada kedua-dua pelajar ini. Semoga kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi pelajar-pelajar UiTM yang lain untuk mencipta kejayaan yang membanggakan negara dan juga UiTM di masa akan datang.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad