Bagaimana Hendak Menjadi Juruterbang? [Edisi Lepasan SPM/STPM]

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Bagaimana Hendak Menjadi Juruterbang? [Edisi Lepasan SPM/STPM]

Pekerjaan juruterbang selalu ditanya oleh pelajar dan pelawat, ada banyak juga cara jadi juruterbang bagi lepasan SPM/ STPM setaraf. Semuanya adalah sama, cuma berlainan dari aspek mengambil lesen penerbangan. Untuk melayakkan seseorang sebagai juruterbang sehingga ke juruterbang komersil sebenarnya perlu memenuhi syarat lesen serta jumlah waktu penerbangan hingga melayakkan seseorang dilantik sebagai juruterbang.

Jadi kami kongsikan di sini cara bagaimana dan di mana kamu boleh merealisasikan impian kamu untuk menjadi seorang juruterbang.

Syarat-syarat Umum dan Kelayakan

  • Berumur 18 hingga 24 tahun.
  • Tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja.
  • Menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Fizik dengan baik.
  • Mempunyai rekod kesihatan yang baik.
  • Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna
  • Ketinggian sekurang-kurangnya 160cm.

Terdapat 3 cara bagaimana seseorang itu boleh menjadi seorang juruterbang iaitu:-

  • Menyertai program juruterbang kadet di syarikat penerbangan (sekiranya tawaran dibuka).
  • Membiayai sendiri lesen PPL, CPL atau Frozen ATPL.
  • Memohon kemasukan ke program kadet dengan lesen PPL sahaja.

Dengan kata lainnya, kamu haruslah mengikuti latihan penerbangan mengikut masa yang telah ditentukan, tertakluk kepada jenis lesen penerbangan yang kamu mahu ambil. Tempat latihan penerbangan yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia:

Apa beza lesen PPL, CPL dan Frozen ATPL?

1) Private Pilot License (PPL)

Lesen ini membolehkan kamu menerbangkan semua jenis kapal terbang berkuasa rendah. Kamu boleh memohon Lesen PPL sekiranya kamu mahu menjadikan bidang penerbangan hanya sebagai hobi, mahu membawa pesawat kecil yang boleh disewa dan tidak boleh membawa penumpang. Jangkamasa penerbangan yang harus dibuat untuk lesen ini ialah 50 jam.

2) Commercial Pilot License (CPL)

Lesen ini membolehkan kamu dibayar untuk menerbangkan pesawat komersil. Kamu harus membuat latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam di bawah Approved Flying Training Organization. Kamu juga harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

3) Airline Transport Pilot License (ATPL)

Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan. Sekiranya kamu berjaya di peringkat ini, kamu sudah layak menjadi ‘First Officer’ atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.

Bagaimana mahu jadi kapten seperti Kapten Zaharie Ahmad Shah?

Semua orang kenal Kapten Zaharie Ahmad Shah, beliau seorang yang sangat mencintai dunia penerbangan; bukan sahaja bertugas sebagai juruterbang tetapi beliau juga turut memberi latihan penerbangan. Kecintaannya pada bidang penerbangan memang kita patut contohi dan ikuti, terutama bagi mereka yang bercita-cita mahu menjadi juruterbang. Tapi, bagaimana mahu dapat ‘pangkat’ kapten yang menerajui penerbangan Boeing 777 seperti Kapten Zaharie Ahmad Shah?

Untuk menjadi seorang kapten penerbangan, harus ada lesen frozen ATPL dan melengkapkan jumlah jam penerbangan yang telah ditetapkan untuk setiap pesawat yang dibawa secara bergilir dengan Kapten sebelum lesen frozen ATPL itu ditukar kepada lesen unfrozen ATPL. Selepas mendapat unfrozen ATPL, barulah kamu layak memohon untuk menjadi seorang kapten. Selain daripada itu, untuk mendapatkan pangkat kapten, ia juga turut bergantung kepada kekosongan yang ada.

“Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang. Dari segi pendapatan pula, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).”

25 Responses

    1. tak boleh and semua mata pelajaran kena A kalau x boleh menguasai sains kena menguasai fizik saya tengok dekat youtube bukan saya pilot tp insyallah .

  1. mcm mana kalau saya A Math,sains and bi ,and bm or semua Gred higher kecuali Fizik sahaja yang tak ade..boleh ke mohon?

  2. Kan kite nak biat lesen tu perlu beratus2 ribu ringgit…boleh tak kalau saye bayar dengan cara potong gaji saye semasa dah dapat kerja…sbb saye dari orang yang tak seberapa mampu…tapi saye minat sangat bidang penerbangan ni…

  3. tinggi saya 154cm. Saya cemerlng n mendaat A dlm seua subje yg disyaratkan. Bagaimana jika saya nak jg jd pilot wpun xmmenuhi syarat ketinggian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE