Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

14 Cara-Cara pelajar Malaysia Membelanjakan Duit PTPTN

PTPTN dan pelajar berpisah tiada

PTPTN adalah pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar sewaktu menuntut di IPT. Tidak kiralah di universiti awam mahupun swasta. Ia diberikan kepada sesiapa yang layak memohonnya. Kehadiran PTPTN seringkali menjadi penantian buat mereka yang mengambil pinjaman ini. Yelah, kata orang dengan duit inilah mereka dapat meneruskan hidup sebagai seorang pelajar. Betul ke?

Orang kata bila duit dah masuk bank, hanya tuhan saja yang tahu betapa kayanya diri kita waktu tu. Hehe…

1. Beli laptop

Bila dah bergelar student universiti ni, laptop adalah antara barang penting yang perlu ada. Sebab dengan adanya laptop inilah, pelajar dapat siapkan assignment. Macam biasa untuk buat report, presentation semuanya memerlukan ‘khidmat’ laptop. Tapi ada juga tak nak kalah, kalau boleh angkat Macbook terus. Apa ada hal? PTPTN kan hadoo?

But… assignment copy paste je…

2. Beli handphone baru

Ini paling normal sekali. Bila dapat je duit PTPTN maka akan keluarlah handphone baru. Jenama terkenal yang sering menjadi pilihan semestinya iPhone. Haaa ada juga yang setiap semester yang akan beli telefon baru. Bila tanya mana dapat duit, mati-mati tak nak mengaku guna duit PTPTN. Hiks.

3. Assignmentsssss…

Print assigment, photostate nota dan sebagainya juga adalah antara faktor penyumbang kepada pengurangan duit pinjaman PTPTN ini. Biasalah, dah nama pun student bukan? Malah ada juga yang terpaksa belanjakan duit ini untuk menyiapkan projek atau assignment yang memerlukan mereka untuk travel dan sebagainya. Kadang-kadang memang tak nak, tapi sebab terpaksa.

4. Travel sana sini

ruby.my

Bila duit dah banyak, kita pun akan perasan kaya. Waktu ni mula lah nak travel sana sini. Lagi best buat road trip dengan kawan-kawan. Yang ini memang best dan seronok!

Terima kasih PTPTN!

5. Beli motosikal

Ini kebiasannya terjadi kepada pelajar lelaki. Tahun pertama mungkin boleh tahan lagi, naik bas turun bas. Tetapi lepas masuk saja tahun berikutnya, pastinya masing-masing mahu mempunyai kenderaan sendiri. Tambah-tambah lagi, kalau stay luar kampus.

6. Bayar duit saman universiti

Bila dah ada kereta pulak, masalah yang akan timbul pastinya parking kereta yang memang tak pernah cukup. Hanya yang bernasib baik saja, akan dapat park kereta mereka di kawasan parking pelajar. Jadi, bila parking dah tiada, mereka pun akan park saja kereta mereka di mana-mana. Lepas tu kereta pun kena clamp. Jadi duit yang ada hanyalah untuk bayar saman. Itu belum saman sebab tak tampal sticker dan sebagainya. Maka pokailah mereka.

7. Join MLM

Haa.. sesiapa yang buat macam ni sila angkat tangan! Tak mengaku lah tu. Ya, memang ada dan kami yakin dalam ramai-ramai kawan anda tu, mesti anda tahu siapakah gerangannya. Kan?

8. Tengok wayang

Tipulah kalau anda tak pernah gunakan duit PTPTN ini untuk berhibur sakan. Salah satunya mestilah menonton wayang. Setiap movie baru yang keluar di pawagam, anda mesti akan menontonnya. Kononnya nak jadi orang pertama yang tengok dalam kalangan kawan-kawan. Kalau sebelum dapat PTPTN, selalu layan online movie je dalam bilik. Tapi once duit PTPTN dah masuk, masa tu tiket mahal pon dah tak kisah. Kan?

9. Belanja awek

Zaman universiti ni juga sebenarnya adalah antara zaman mengenali erti cinta. Ada yang berhasrat, masuk universiti bukan saja untuk belajar semata-mata malah mencari pasangan sehidup semati. Jadi, bila dah jumpa someone, pastinya mereka akan menghabiskan masa bersama paling tidak sekali seminggu. Waktu inilah pelajar lelaki akan gunakan wang pinjaman mereka untuk belanja kekasih hati mereka. Ya, gunakan duit PTPTN!

10. Karaoke

Student ni bukan saja suka makan, malah diorang memang suka berkaraoke. Boleh dikatakan ini antara hobi paling lazim yang ada pada pelajar-pelajar universiti. Waktu tengah sengkek mungkin mereka hanya akan ke karaoke box sahaja (atau selalu kita gelarkan karaoke jamban). Tapi, apabila duit PTPTN dah masuk, waktu inilah mereka akan ke pusat karaoke yang mahal-mahal. Yang siap hidang buffet lagi. Contohnya Red Box. Waktu ni, pusat karaoke keluarga dah tak pandang dah.

11. Shopping sakan

Ini selalunya terjadi pada pelajar perempuan. Tak dinafikan pelajar lelaki juga ada yang berperangai seperti ini. Nak shopping tu pun selalunya mesti barang-barang yang branded sikit. Barulah puas dan berbangga depan kawan-kawan. Tak gitu?

12. Duit muka beli kereta

Dah ada motor, tak tahan panas pula katanya. Kononnya lagi, kalau hari hujan tak dapat ke kelas. Jadi dengan adanya alasan-alasan ini dapat mengukuhkan lagi sebab utama nak berkereta. Tapi ada juga yang berkereta sebenarnya nak nampak lebih hebat dari kawan-kawan lain kan? Tapi penyudahnya, tayar kena clamp. Hmm melayang pulak lah duit bayar saman.

13. Makan di kafe hipster

Biasalah bila duit PTPTN dah masuk, kita mestilah gunakan untuk duit makan. Tetapi life as a student ni sebenarnya lain sikit. Bila rasa dah kaya sangat, mulalah masing-masing buat food hunting. Restoran kalau boleh tak nak kalah, mesti nak yang mahal dan paling penting hipster. Barulah boleh upload kat Instagram kan? Hehe

14. Modal kahwin

Jangan tak sangka, ini memang terjadi. Ada yang mengumpul duit PTPTN ini dari awal semester hingga semester akhir semata-mata untuk berkahwin. Cuba cek, kalau ada kawan-kawan yang kahwin sewaktu study tu, cuba tanya dapat duit dari mana?

Apa pendapatkan mengenai perkara-perkara ini? jangan lupa kongsikan komen anda!

sumber – say.com.my

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad