HAPPY NEW YEAR PROMOTION!
— Made in UiTM (@madeinuitm) January 1, 2019
Get RM 10 Off For Your UiTM Sweater
Enter Coupon Code : HNY19
Hurry! Limited For 30 pcs Only
Visit https://t.co/HqVMTHITBq to find out more. pic.twitter.com/Q269PjntBC

Berita gembira bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana (Masters), PhD di Korea Selatan.
Korea Selatan merupakan destinasi terbaik untuk melanjutkan pengajian ke tempat yang lebih tinggi kerana universiti-universiti mereka diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia. Disamping itu, Korea Selatan juga merupakan antara negera termaju di Asia disamping menjadi tumpuan jutaan pelancong-pelancong dari seluruh dunia saban tahun.
Jika anda mempunyai kegilaan terhadap mana-mana produk dari Korea Selatan seperti Kimbab bahasa Korea, artis k-pop, drama Korea (The Legend of the Blue Sea, My Girl, Winter Sonata, Goblin, Auntum in My Heart) dan berangan-angan untuk tinggal di sana, inilah peluang keemasan anda.
Baru-baru ini, Kedutaan Korea Selatan di Malaysia telah membuka peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana (masters) dan PhD ke universiti terpilih di negara itu menerusi pemberian biasiswa. Betul biasiswa.

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk memohon.
Panduan permohonan dan syarat kelayakan
(Pastikan anda membaca panduan ini dengan teliti dan syarat-syarat kelayakan permohonan)
Senarai program yang ditawarkan mengikut universiti di Korea
(Anda boleh memilih program pengajian yang ditawarkan oleh universiti-universiti ini sahaja)
(Lengkapkan borang permohonan dan hantar kepada kedutaan Korea di negara masing-masing atau terus ke universiti yang dipohon. Suka diingatkan pemohon perlu memilih salah satu tempat untuk menghantar permohonan sahaja iaitu sama ada kedutaan Korea atau universiti yang dipilih).
Semakan soalan serta jawapan yang sering dibangkitkan mengenai biasiswa ini.
(Anda boleh menyemak soalan yang kemungkinan turut bermain dalam fikiran anda mengenai biasiswa ini. Pihak kedutaan Korea telah menjawab soalan yang sering disoal kepada mereka)
Pastikan anda memohon biasiswa Kedutaan Korea Selatan ini!
Zip Up Hoodie. Now comes with more colors. Perfect for Convocation gift ! Register & get 10% off for every item purchased when you register at https://t.co/VXeEKdI1qO pic.twitter.com/XQM2sBDLSi
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 17, 2018