Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

UiTM Komited Lahirkan Atlet Berpelajaran

SHAH ALAM: Semua universiti diminta menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan atlet berpelajaran dengan mengenakan syarat fleksibel bagi golongan itu melanjutkan pelajaran.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata atlet berpelajaran akan mewujudkan ahli sukan berfikir, yang secara tidak langsung membantu mereka untuk lebih bijak menangani tekanan serta mengawal emosi ketika bertanding.

“Sebelum ini ada kes pensyarah ugut atlet supaya buat pilihan, sama ada hendak belajar atau bermain sukan. Perkara ini tidak sepatutnya berulang lagi.

“Universiti perlu menjadi platform untuk majukan sukan dan ia bukan hanya tanggungjawab negeri sahaja. Universiti perlu ada anjakan paradigma dan sikap.

“Sukan adalah aset kepada universiti dan ia diamalkan di universiti di Amerika Syarikat. Sukan dan pendidikan kena bergerak seiring,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2016 di Dewan Seri Budiman UiTM, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Pada majlis itu, pemain badminton Zulfadli Zulkifli dan atlet boling padang, Noorazlinda Zakaria, dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawti UiTM 2016.

Terdahulu UiTM turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan MSN bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

UiTM diwakili oleh Hassan dan Abdullah, manakala Ahmad Shapawi dan Pengarah Kanan NFDP, Safirul Azli Abu Bakar mewakili program itu.

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad