Dokumen-dokumen PDF merupakan jenis dokumen yang paling kerap digunakan untuk dokumentasi. Ia menjadi pilihan kerana mudah untuk disediakan dan dikongsikan selain dari popularitinya dikalangan pengguna-pengguna biasa.
Cuma, masalah yang sering dikaitkan dengan penggunaan PDF ini adalah kesukaran untuk melakukan suntingan pada dokumen-dokumen terbabit. Suntingan pada dokumen PDF tidak semudah melakukan suntingan pada dokumen Microsoft Word.
Jadi di dalam artikel ini, kami akan tunjukkan cara-cara untuk tukar dokumen PDF kepada format .doc atau .docx melalui Google Docs yang boleh dilakukan secara percuma.
Menggunakan Google Docs
Pertama sekali, daftar masuk ke akaun Google anda dan pergi ke Google Docs.
Tekan pada butang Go to Google Docs, dan log in menggunakan akaun gmail anda. Jika ada tidak mempunyai akaun gmail sila Register dahulu.
Pada halaman Google Docs, lihat pada bahagian tengah, sebelah kanan anda dan klik pada ikon berbentuk folder fail untuk memuat naik fail-fail baru.
Muat naik fail-fail PDF yang anda ingin sunting dengan cara mengheretkan fail tersebut ke ruangan memuat naik atau dengan menekan butang “Select a file from your computer”.
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Sebaik sahaja ia telah dimuat naik, fail berkenaan akan muncul pada halaman Google Drive.
Klik kanan pada fail yang telah dimuat naik pada Google Drive berkenaan dan anda pilih pada ‘Open with’ dan pergi ke ‘Google Docs’.
Sebaik sahaja dokumen PDF berkenaan dibuka pada Google Docs, anda boleh memuat turunnya ke dalam format .docx dengan pergi menu ‘File’, klik pada ‘Download as’ dan pilih ‘Microsoft Word (.docx)’.
Selain dari menggunakan Google Docs untuk menukar fail PDF kepada format .doc atau .docx, anda juga boleh mencuba perisian-perisian seperti Adobe Acrobat yang juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Cuma, perisian seperti Adobe Acrobat ini adalah perisian berbayar.
Diharap artikel ini dapat membantu memudahkan anda menyiapkan assignment atau kerja-kerja yang berkaitan.
Sumber –