Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Biasiswa Ijazah Pertama Agrobank 2017. Layak Dipohon Oleh Peminjam PTPTN

Biasiswa ini baru sahaja ditawarkan oleh AgroBank yang dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian. Sekiranya anda ditawarkan biasiswa ini, selesai sahaja tamat pengajian anda akan mengikat bon pekerjaan bersama dengan Agrobank.

Program Anugerah Biasiswa Agrobank ditawarkan untuk pelajar di peringkat Ijazah sarjana Muda di institusi awam atau swasta tempatan. Penerima pinjaman PTPTN juga layak memohon!

Tarikh Tutup

Aug 23, 2017

Kriteria

SYARAT KELAYAKAN:

  • Rakyat Malaysia berumur 23 tahun ke bawah
  • Pelajar ijazah sepenuh masa di IPTA / IPTS tempatan yang bertauliah
  • Program Sarjana dengan minimum 4 semester atau 2 tahun pada ketika pengambilan contoh, September 2016 PNGK minimum 3.30 Minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum akan menjadi satu kelebihan
  • Berpersonaliti menarik
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan yang memerlukan ikatan perkhidmatan (jika PTPTN tiada ikatan jadi boleh memohon)
  • Laporan perubatan memuaskan

Jumlah Biasiswa

  • Sara diri: RM 3,500.00 bagi setiap semester
  • Penginapan: RM 2,000.00 bagi setiap semester
  • Buku: RM 500.00 setiap semester
  • Praktikal: RM 700.00 setiap semester
  • Komputer riba pada masa pengambilan
  • Bon perkhidmatan pekerjaan dengan Agrobank dikenakan bersamaan dengan 1 tahun penajaan untuk 1 tahun dengan Agrobank setelah tamat pengajian
  • Pelajar Pinjaman PTPTN boleh memohon

Cara Memohon

Klik disini untuk muat turun borang permohonan. Borang yang lengkap hantar kepada :

PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (LHCD), BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, AGROBANK TINGKAT 12, Leboh Pasar Besar, P.O Box 10815, 50726 Kuala Lumpur, Malaysia.

* Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad