15 Kesalahan Pengguna Jalan Raya Yang Selalu Berlaku di Malaysia
Kita sering lihat pengguna-pengguna jalan raya yang bersikap biadap ketika dalam kehidupan seharian kita. Ini bukan satu perkara baru buat pengguna-pengguna jalan raya di Malaysia bahkan telah berlaku sejak berdekad yang lalu. Apa yang membimbangkan ialah kejadian seperti permandu yang tidak menghormati peraturan jalan raya malah membahayakan pemandu lain semakin kerap berlaku.
Mari kita lihat 15 kesalahan yang selalu dilakukan pengguna-pengguna jalanraya di Malaysia.
1. Memecut di saat-saat akhir lampu isyarat bertukar merah.
Ini antara kesalahan yang paling kerap kita lihat di atas jalan raya. Apabila lampu isyarat ingin bertukar daripada hijau ke merah, pemandu-pemandu jalan raya sepatutnya sudah bersiap sedia untuk berhenti. Sebaliknya ada segelintir pemandu-pemandu bertanggapan ini adalah masanya untuk mereka memecut atau terpaksa menunggu lampu bertukar hijau kembali. Sesungguh perbuatan ini sanggat membahayakan diri sendiri malah pemandu-pemandu lain.
2. Menggunakan lorong kecemasan.
Memandu di lorong kecemasan ini antara tabiat pemanduan yang semakin menjadi-jadi di negara ini terutamanya di kawasan bandar. Apa yang membimbangkan rakyat Malaysia ialah lorong ini dibina khas buat laluan pasukan kecemasan/ambulan tetapi sering digunakan pakai pemandu kereta, bas, dan juga lori ketika di waktu kemuncak. Pengguna kereta di Malaysia semakin ramai dan ini menjadi penyumbang kepada kesesakkan lalu lintas ketika waktu puncak biarpun di highway. Namun situasi tidak memberi lesen kepada orang ramai menggunakan laluan ini sesuka hati.
3. Memotong di Double Line
Mengikut undang-undang jalan raya Malaysia, memotong di double line merupakan kesalahan berat. Ini kerana penandaan ini dilakukan bagi mengingatkan pemandu-pemandu supaya jangan memotong kerana struktur jalan raya yang sempit atau selekoh-selekoh merbahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan. Namun ada segelintir pemandu yang tidak menghiraukan penadaan kerana tidak sabar akan kenderaan yang perlahan di hadapan seperti lori atau bus.
4. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Ini juga merupakan sikap yang selalu kita lihat ketika dijalan raya. Pemandu-pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan antara penyumbang terbesar kepada kes-kes kemalangan di Malaysia. Pemanduan di kota yang sesak menyebab pemandu kereta kebiasaannya terperangkap di dalam kesesakkan jalan raya.
5. Menggunakan dua petak parkir.
Menggunakan dua petak parkir ini bukan saja biadap malah mementingkan diri sendiri kerana ruangan parkir ini sepatutnya disediakan buat dua kereta. Kebiadapan pemandu sebegini sering kita lihat di pusat-pusat komersial dan pemandu-pemandu sebegini sering memberikan alasan mereka hanya menggunakannya sebentar sahaja. Cepat atau lambat tak bermakna kita boleh bersikap sesuka hati dan menyusah pengguna jalan raya yang lain.
6. Parking kenderaan sesuka hati.
Ini juga merupakan sikap yang sangat biadap, petak parkir yang disediakan untuk orang kurang upaya (oku) turut menjadi mangsa pemandu-pemandu biadap yang hanya mementingkan diri sendiri. Jika perkara ini berlaku kepada kaum keluarga terdekat sudah pastinya kita akan merasa marah.
7. Tidak sabar dan memberi isyarat untuk memotong
Kaedah pemanduan ini seharusnya diberikan hukuman berat kepada pesalah kerana bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pemandu dan orang sekeliling. Lampu signal kereta dicipta bagi pengelak salah faham di atas jalan lalu mengurang risiko jalan raya. Namun di dunia yang serba moden hari ni, bilangan pengguna jalan raya sebegini semakin menjadi-jadi.
8. Gangster Jalan Raya.
Walaupun tak sekerap kesalahan-kesalahan yang lain tapi tabiat sebegini selalu berlaku. Dengan kemajuan teknologi seperti smartphone kejadian sebegini semakin dapat didedahkan orang ramai akan sikap segelintir pemandu gangster.
9. Memotong barisan di Plaza Tol
Tanpa menghiraukan perasaan pemandu-pemandu lain yang telah lama beratur, segelintir pemandu-pemandu biadap dengan selambanya memotong barisan ini. Sesungguh pesalah kepada kesalahan ini juga harus di berikan hukuman setimpal agar nasib pemandu-pemandu lain terbela. Tiada sesiapa pun yang terkecuali daripada tol mahupun kenaikannya. Jadi, sama-samalah menghormati antara satu sama lain dan bersabar ketika menunggu giliran masing-masing
10. Membuang sampah keluar kereta
Buang sampah sesuka hati tak kira ketika dimana sahaja kita berada adalah satu sikap yang tidak bertanggung jawab. Bumi kita adalah tanggungjawab bersama dan setiap warga negara ini harus sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar demi masa depan anak-anak kita. Tunjuk sikap yang baik kepada orang lain agar dijadikan contoh.
11. Memandu laju laju ketika hujan
Deria pemanduan pengguna jalanraya sudah pastinya akan terganggu ketika hujan. Akan tetapi ada pemandu-pemandu yang tidak menghiraukan situasi ini dan memandu laju. Ingat, tak kiralah kereta apa yang anda pakai, sesungguhnya malang itu tidak berbau. Dengan situasi jalan yang licin, kecelakaan boleh berlaku dalam sekelip mata.
12. Menggunakan lampu depan tinggi
Tabiat sebegini adalah sangat biadap kerana bukan diri sendiri tetapi pemandu lain yang selalunya terkesan dengan perbuatan ini. lampu tinggi ini dicipta untuk digunakan ketika jalan raya sedang gelap. Jika ada kereta lain, lampu ini hendaklah ditukar kerana akan mengganggu penglihatan pemandu-pemandu lain terutamanya ketika malam.
13. Tidak faham cara menggunakan bulatan.
Ramai di kalangan pengguna-pengguna jalan raya di Malaysia ini yang tak faham akan pengguna bulatan jalanraya ini biarpun sudah bertahun menggunakan jalanraya. Pengetahuan tentang cara menggunakan bulatan adalah penting kerana ia dapat mengurangkan risiko kecelakaan jalan raya.
14. Memandu perlahan di lorong kanan
Lorong kanan adalah lorong khas bagi mereka yang ingin membawa pada kelajuan maksimum yang ditetap di jalanraya tersebut. Memandu perlahan dilorong ini sudah pasti akan menyusah pemandu-pemandu lain dan mengakibatkan kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku.
15. Tidak mengenakan tali pinggang keledar.
Ini adalah kesalahan yang tertua dalam sejarah penggunaan jalan raya. Tali pinggang dicipta bagi mengurangkan risiko kecederaan parah ketika berlaku kemalangan sebanyak 60%. Jadi jangan lupa untuk mengenakan tali pinggang keledar tiap kali ingin menggunakan kenderaan anda. Ingat, sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.