Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

4 Peringkat Kursus Latihan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sebelum Disahkan ke Jawatan Tetap

Sebaik sahaja anda berjaya dalam temuduga dan dilantik ke jawatan PTD, anda wajib menjalani latihan PTD ini mengikut modul-modul yang telah disediakan. Latihan ini wajib sebelum anda disahkan ke jawatan PTD. Berikut adalah 4 peringkat kursus latihan PTD.

TAHAP 1 (PTD UNGGUL)

Kursus ini digelar sebagai PTD UNGGUL yang membawa maksud terbilang atau sesuatu yang luar dari kebiasaanya. Anda yang telah dilantik sebagai pegawai PTD yang baru, akan dilatih dengan sebaiknya supaya boleh menjadi pemimpin yang boleh menjalankan tugas dengan baik sekaligus dapat membantu kerajaan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang akan mendatang. Maka, modul sepanjang latihan PTD UNGGUL ini penting untuk mengukuhkan jati diri anda. Latihan tahap 1 ini diadakan selama 10 hari dan diharapkan mampu mencapai objektif berikut :

  • Berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri PTD supaya apa jua tugasan yang dilakukan kelak memberi manfaat kepada kecemerlangan diri sendiri, organisasi dan negara
  • Berjaya memupuk pengetahuan PTD tentang aspirasi dan hasrat kerajaan terhadap perkhidmatan awam seterusnya memacu organisasi ini ke tahap yang unggul pada masa hadapan
  • Berjaya mendedahkan PTD dengan sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang

Dengan latihan selama 10 hari ini, diharapkan dapat membentuk jati diri dan pengetahuan PTD dalam segala aspek pentadbiran dan isu-isu semasa seterusnya bekalan untuk mereka berkhidmat mengikut bidang masing-masing kelak.

TAHAP 2 (PENEMPATAN DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN)

Selesai latihan selama 10 hari, pada hari terakhir, PTD akan mengetahui penempatan tugas masing-masing sama ada di agensi pusat, kementerian, jabatan atau negeri. Sebagai pemimpin yang bakal menerajui sesuatu jabatan, mereka akan dilatih secara on the job training sekaligus membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat awam. Bermula dari sinilah anda akan menghadapi cabaran sebenar dunia PTD yang bukan mudah untuk diharungi.

TAHAP 3 (KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM (DPA)

Pada tahap ini anda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 6 bulan di INTAN, Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus terbahagi kepada dua (2) iaitu latihan akademik dan latihan bukan akademik.

Latihan akademik :

Pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah. Modul akademik merangkumi 8 bidang teras PTD iaitu :

  • Pengurusan sumber kewangan
  • Pengurusan sumber ekonomi
  • Pengurusan sumber manusia dan organisasi
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pentadbiran dan pembangunan tanah, daerah dan tempatan
  • Perancangan dan pentadbiran sosial
  • Keselamatan dan pertahanan negara

Ke semua modul lengkap ini akan melahirkan PTD yang berpengetahuan luas dalam semua bidang sebelum mereka kembali semula menjalankan tugas kelak. 8 bidang ini, WAJIB anda tahu kerana soalan ini boleh dikatakan soalan kemestian dalam peperiksaan online selain temuduga kelak.

UITM ORIGINAL SERIES-REDUiTM Sweater Original Series – Classic Red are uniquely crafted using a screen-print technique…

Posted by Made In UiTM on Monday, 16 October 2017

Latihan Bukan Akademik :

Latihan bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual anda yang terpilih menerusi latihan ketenteraan, pengurusan bencana, aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee. Modul ketahanan diri dan disiplin ini akan dilaksanakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PILADA), Maktab Polis Di Raja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta Outward Bound School.

Selain latihan lasak ini, terdapat latihan lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam, lawatan sambil belajar, pengurusan acara, sukan dan sebagainya. Kursus 6 bulan secara sepenuh masa ini adalah untuk mencapai objektif berikut :

  • Melahirkan PTD yang berketerampilan dan mampu menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang.
  • Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya, berdisiplin serta mengamalkan semangat kerjasama pasukan yang tinggi
  • Melahirkan PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatanya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara
  • Melahirkan PTD yang berfikiran glibal dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik.

TAHAP 4 (PTD TRAINING ROADMAP)

Tahap ini adalah tahap latihan yang terakhir sebelum menamatkan kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian dan jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun, tidak semua pegawai PTD yang akan dipanggil untuk mengikuti kursus ini. Hanya pegawai tertentu sahaja. Pemilihan pegawai ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA. Tujuan latihan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran pegawai dalam bidang-bidang khusus seperti berikut :

  • Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal
  • Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
  • Pengurusan dasar sektor awam
  • Pengurusan sumber manusia di sektor awam
  • Perancangan dan pengurusan projek
  • Kemahiran perancangan strategik
  • Metodologi penyelidikan
  • Pentadbiran tanah

Mana-mana pegawai yang tidak terpilih, akan menjalani latihan sehingga ke tahap ketiga sahaja. Oleh itu, bersediakan anda untuk menghadapi cabaran dalam merebut jawatan ini walaupun mungkin sudah kali ke berapa anda mencuba. Jangan risau kalau ada rezeki ini, tentu tidak salah alamat. Diharapkan dengan perkongsian lengkap ini dapat membantu anda membuat persediaan sebelum (peperiksaan), semasa (temuduga), selepas ditawarkan ke jawatan idaman ini kelak.

Walaupun PTD ini adalah jawatan yang diidamkan oleh majoriti graduan lepasan ijazah, tetapi cabarannya dan persaingan merebut jawatan ini cukup sengit dan tidak semua yang memohon akan berjaya. Walau apa sekalipun, ucapan semoga berjaya untuk anda dan diharapkan agar perkongsian ini bermanfaat. Jika anda rasa perkongsian ini benar-benar bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan yang lain.

Sumber – Afterschool.my

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad