Ada orang rasa susah jadi pelajar, nak kena buat itu lah nak kena buat ini lah.
Nak kena buat assignment lah, nak lepak ngan member lah , nak kena aktif berpersatuan lah– banyak benda yang memerlukan perhatian kita, kadang-kadang tu rasa macam tak cukup masa nak buat semua.
Tapi cuba bandingkan apa yang pelajar lalui dengan mereka yang sudah bekerja atau yang dah berkeluarga sudah tentu sangat jauh beza.
Jujurnya fasa hidup di universiti hanyalah suatu latihan bagi graduan dalam menghadapi kehidupan sebenar yang lebih–lebih mencabar.
Dan kalau time kat universiti pun dah tak boleh nak mengurus masa, bagaimana nanti bila dah berkerja, ataupun dah bekeluarga.
Bercakap soal masa, tak ada suatu benda yang paling adil dalam dunia ni melainkan masa.
Semua orang hanya ada 24 Jam sahaja.
Elon Musk hanya ada 24 Jam
Mark Zuckerberg hanya ada 24 jam
Oprah Winfrey hanya ada 24 Jam
Warren Buffet hanya ada 24 Jam
Hatta Sufian Suhaimi pun hanya ada 24 Jam
Ada orang cakap “Time is Gold”, “Masa itu Emas”.
Pada aku orang yang cakap macamtu pembohong.
Masa bukan emas malah lebih berharga daripada emas.
Masa yang sudah berlalu tak boleh kita dapatkan kembali.
Emas atau duit kita boleh dapat atau buat balik
Mungkin ramai yang selalu dengar tentang pengurusan masa
Pada aku pengurusan masa satu mitos.
Sebab semua orang hanya ada 24 Jam jadi masa adalah suatu benda yang constant, tak perlu untuk diurus.
Instead of “time management”, aku lebih percaya kepada “self-management” atau pengurusan kendiri
Pada aku bukan masa yang perlu diuruskan tetapi diri yang sebenarnya perlu diurus.
Apabila diri berjaya diurus, secara semulajadi masa pun akan terurus
So macamana nak urus diri ni?
Pada aku pengurusan diri ni start sebelum hari kau bermula, jadi dia kena bermula malam sebelumnya
Jadi tips pertama adalah:
1.Dapatkan tidur yang secukupnya.
Bagi aku untuk dapat tidur yang cukup ni adalah dengan tidur awal.Lain orang, lain dia punya cara.Tapi apa yang works for me adalah dengan tidur awal. Sebaiknya tidur pada pukul 10, paling lambat pun pukul 12 malam.
2.Tetapkan Niat dan Matlamat
Setiap hari sebelum hari bermula, tetapkan niat dan matlamat, apa yang kau nak buat hari ni, apa yang nak kena selesaikan hari ni , apa yang kau boleh buat hari ni yang boleh melonjakkan kan diri kau untuk diri kau jadi sekurang kurangnya 1% lebih baik dari semalam.
Kalau kau ada goal yang kau nak achieve, cuba pecahkan kepada beberapa mini-goal yang perlu dicapai terlebih dahulu sebelum dapat mencapai goal yang asal.
Contohnya:
Goal: Nak belajar main gitar.
Mini-goal adalah dengan mempelajari open chord ABCDEFG terlebih dahulu, selepas tu boleh dah start belajar satu lagu yang simple, sebelum progress ke lagu yang lebih susah.
3.Bangun awal
Bab ni subjektif dan sensitif sikit. Tapi cuba lah latih diri untuk bangun awal pagi sebaik-baiknya sebelum matahari terbit.Secara tak lansung melatih untuk jaga solat Subuh, bila jaga solat Subuh, insyaallah waktu solat lain akan terjaga.
Cuba seminggu dan lepas tu badan kau akan adjust sendiri untuk bangun pagi effortlessly
4.Bersenam
Tahukah anda bahawa dengan bersenam badan kita akan menjana lebih tenaga?
Bila dah bangun pagi semua tu mesti lah mengantuk kan? Awal awal je nanti lama lama biasa la. Jadi untuk dapatkan tenaga tambahan tu pergi lah bersenam. Kalau selalu rasa lemau, letih letih atau cepat mengantuk, itu maknanya badan kurang bersenam.Senam jalan kaki 15min pun okay.Asalkan dapat gerakkan jantung dan otot. Buat 3-4 kali seminggu. Tak payah buat hari-hari. Bukan nak jadi Atlet pun.
5.Sarapan Secara Sihat
Lepas dah exercise makan, sebelum kau nak take charge of your day, make sure you feed yourself first. Makan la, tapi agak agak la baru lepas exercise kan~. Make sure to incorporate lots of plain water dalam diet dan kurangkan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi.
6.Buat Jadual
Okay sekarang awal lagi and ada banyak lagi masa untuk selesaikan semua benda yang dah plan. Maybe sempat sebelum pergi kelas tu boleh ulangkaji sikit atau buat apa-apa yang menarik minat. Senaraikan semua perkara yang ingin diselesaikan hari ini.
6. Jangan Bertangguh
Jangan bertangguh, kadang-kadang benda yang makan masa 2 minit pun kita bertanguh sampai 1 Jam.Bayangkan berapa banyak masa kita buang. Kalau ada perkara yang kita kena buat, terus selesaikan.
Kalau ada assignment yang nak kena buat, start je–atleast bukak la laptop tu dulu, buat je ayat pertama before you know it assignment tu pun dah siap.
Ingat just start je.
7.Elakan dari segala gangguan
Kalau boleh allocatekan berapa jumlah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan satusatu tugasan. Contohnya ada assignment, cuba siapkan dalam masa 1Jam atau assignment yang mudah 30 minit, latih diri untuk siap sesuatu perkara dalam jumlah masa yang diperuntukkan sahaja
Dalam pada masa yang sama, jauhkan diri dari segala bentuk gangguan seperti handphone dan social media. Kalau nak lagi hardcore turn off je semua notification Facebook, Twitter,Instagram dan Whatsapp group. Bagi diri kau Deep Focus dalam masa 1 jam tu
Okay aku rasa buat masa ni cukup la kot.
Ada banyak lagi tips produktiviti.
Nanti aku kongsi lagi.
Share and like this post kalau rasa post ini berguna dan dapat memberi manfaat
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam” –Saidina Ali-
Cheers!