Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Info Rayuan Fasa 1 & Fasa 2 UPU bagi Lepasan STPM/Setaraf yang Wajib Anda Tahu

Pada 3 Ogos yang lalu, merupakan hari yang dinanti oleh pelajar lepasan STPM/ setaraf. Keputusan UPU bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) untuk pengajian ijazah sarjana muda telah pun diumumkan. Pasti ramai dikalangan anda atau orang di sekeliling anda mengharapkan agar permohonan anda berjaya tetapi sekiranya anda gagal dalam permohonan. Apa yang perlu anda lakukan?

Langkah yang perlu anda lakukan tentulah membuat permohonan rayuan. Bermula pada tahun ini, permohonan rayuan kemasukan ke UA menerusi UPU bukan seperti sebelum-sebelum ini. Mereka yang gagal dalam permohonan, perlu membuat rayuan. Pihak UPU tidak lagi menawarkan kursus “LELONG” kepada pelajar secara automatik seperti mana sebelum ini. Pelajar hanya akan ditawarkan kursus berdasarkan pilihan mereka sahaja. (Jadi tidak perlu risau lagi jika ditawarkan kursus yang bukan pilihan).

Proses permohonan rayuan dibahagikan kepada dua (2) fasa :

i. FASA 1 (Sebelum pendaftaran pelajar baharu)

ii. FASA 2 (Selepas pendaftaran pelajar baharu)

Bagi permohonan RAYUAN FASA 1, ianya akan dibuka sebaik sahaja keputusan diumumkan. Sekiranya, pemohon berjaya dalam rayuan fasa 1 ini, keputusan akan diumumkan pada 20 -26 Ogos 2017 dan pemohon akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon ambilan pertama yang berjaya. Manakala bagi pemohon yang masih gagal dalam permohonan rayuan fasa 1, masih diberi peluang membuat rayuan di fasa 2.

Permohonan RAYUAN FASA 2 akan dibuka sebaik sahaja pelajar masuk mendaftar ke UA. Ianya dibuka lewat kerana pihak UPU akan mengenal pasti kursus manakah yang masih ada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu di UA. Jadi jumlah kursus pilihan dan pelajar yang bakal terpilih bagi rayuan fasa 2 bergantung kepada bilangan kekosongan tempat yang masih ada selepas pendaftaran pelajar baharu. Keputusan rayuan akan diumumkan pada 10 – 16 September 2017.

Diharapkan anda jelas dengan perkongsian ini. Bagi memudahkan anda, sila klik pada pautan berkaitan dibawah. Pautan ini akan menerangkan dengan lebih jelas mengenai kelayakan permohonan rayuan dan kaedah meritokrasi yang digunakan dalam pemilihan masuk ke UA selain hebahan tarikh terkini kalendar pengambilan pelajar melalui UPU.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad