Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Pemilihan Jurusan dan Kerjaya Perlu Realistik

Jurusan dan bidang kerjaya yang dipilih oleh pelajar lepasan sekolah perlulah realistik berdasarkan kemampuan, minat dan personaliti diri.

Demikian nasihat yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Ikatan Perguruan Muslim Malaysia (i-Guru) Cawangan Johor, Sharifah Maimunah Syed Zaid dalam program Karnival Lepasan Sekolah anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Johor.

imbalan Pengerusi Ikatan Perguruan Muslim Malaysia (i-Guru) Cawangan Johor, Sharifah Maimunah Syed Zaid

Beliau yang merupakan kaunselor berdaftar dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia berkata, pelajar perlu memilih sikap untuk mengukur baju di badan sendiri agar cita-cita mereka untuk meraih segulung ijazah dan berbakti kepada masyarakat dengan kerjaya yang baik tidak akan terkubur begitu sahaja.

“Sistem pemilihan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kini menggunakan sistem meritokrasi dimana pelajar akan dinilai berdasarkan merit iaitu 90 peratus untuk akademik manakala 10 peratus adalah untuk kokurikulum.

“Oleh itu, pelajar perlu memastikan jurusan yang dipilih untuk memasuki IPTA adalah memenuhi syarat khusus dan syarat umum yang diperlukan bagi kursus di setiap universiti supaya pelajar mendapat tempat dalam jurusan di universiti yang dipilih,” jelas beliau.

Sharifah turut mengingatkan peserta karnival bahawa persaingan untuk memasuki IPTA kini adalah amat sengit. Justeru, pendedahan dan informasi awal tentang pemilihan kursus di IPTA amat penting untuk memandu peserta membuat pemilihan yang bijak dan terbaik.

“Seramai 11,289 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya mendapat semua ‘A’ bagi semua mata pelajaran yang diambil pada tahun 2014.

“Calon SPM 2015 adalah seramai 440,682 orang calon yang kesemuanya akan bersaing dan merebut tempat di IPTA. Maka buatlah pemilihan yang terbaik berdasarkan kelayakan dan kecenderungan anda,” ulas Sharifah mengakhiri slot perkongsiannya mengenai Halatuju Lepasan Sekolah.

Karnival Lepasan Sekolah peringkat negeri Johor yang diadakan di Fakulti Kejuruteraan Biomedikal Universiti Teknologi Malaysia itu telah berjaya mengumpulkan seramai kira-kira 150 orang peserta dari seluruh negeri Johor.

Sumber – Siti Nurliyana Saifollah,

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad