UiTM FC Sasar Kedudukan 2 Teratas Liga Perdana

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

PEMAIN import baharu pasukan UiTM FC, Kota Kawase (kiri) dan dan Lucas Ramon Pugh (kanan) diperkenalkan bersama-sama N’Guessan Dechi Marcel serta jersi UiTM FC untuk aksi Liga Perdana 2018 dalam majlis di Shah Alam semalam

SHAH ALAM: Pengendali UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail langsung tidak menyimpan sebarang perasaan cemas menjelang sepak mula kempen Liga Perdana musim ini, meskipun bakal bersaing tanpa bekas penyerangnya, Akanni Sunday Wasiu yang memilih menyertai Terengganu FC II.

Jelas Wan Mustaffa, biarpun Wasiu tidak lagi bersama skuadnya, beliau berjaya mengesan ayam tambatan baharu dari Argentina, Lucas Ramon Pugh yang diyakini mampu mengisi kekosongan itu.

“Memang sumbangan Wasiu pada musim lalu banyak membantu kami apabila dia sering mendapatkan gol untuk pasukan dengan kami secara keseluruhan mengumpul 33 gol sepanjang musim lalu.

“Tetapi, saya percaya Pugh juga memiliki kualiti yang sama dan mampu membantu pasukan pada musim ini. Walaupun baru berusia 24 tahun, dia mempunyai pengalaman luas bermain di peringkat tinggi.

“InsyaAllah, dia mungkin tidak akan berdepan masalah dan mampu memikul tugas selaku penyerang,” katanya pada majlis memperkenalkan pemain dan jersi pasukan UiTM FC di sini, hari ini.

Selain Pugh, skuad The Lion Troops turut menyenaraikan tonggak pertahanan dari Jepun, Kota Kawase bagi menggantikan Onorionde Kughegbe yang tidak lagi bersama pasukan.

Mengulas mengenai sasaran diletakkan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hasan Said yang mahu pasukan mengakhiri perjuangan di dua tangga teratas Liga Perdana, Wan Mustaffa menyahutnya dengan positif dan percaya ia mampu dicapai anak buahnya.

Hassan (tengah) bersama barisan pemain dan jurulatih pada majlis memperkenalkan pemain dan jersi Pasukan UiTM FC sempena Liga Premier 2018 di Intekma Resort & Convention Centre (IRCC), semalam.

“Musim lalu kita meraih tempat keenam dan saya melihat sasaran musim ini iaitu dua tempat teratas sekali layak ke Liga Super cukup realistik.

“Mungkin ia nampak sukar, tetapi saya percaya dengan kemampuan pemain dan kami akan tampil lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya yang pernah memegang jawatan selaku penolong jurulatih kebangsaan bersama Dollah Salleh pada 2014-2015.

Dalam perkembangan sama, pasukan UiTM bakal tampil lebih bergaya apabila menerima tajaan jersi baharu dari pengeluar barangan sukan terkenal, Puma. Sebelum UiTM mendapat penajaan Umbro.

Jersi terbabit didatangkan dalam dua warna iaitu merah untuk aksi di laman sendiri dan biru untuk di tempat lawan. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE