MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
Komponen Ujian MUET
Terdapat empat jenis ujian dalam MUET iaitu:
800/1 (Listening/Pendengaran) – ujian mendengar selama 30 minit
800/2 (Speaking/Lisan) – ujian lisan selama 30 minit
800/3 (Reading/Pemahaman) – ujian pemahaman yang melibatkan soalan objektif selama 90 minit
800/4 (Writing/Penulisan) – ujian penulisan yang memerlukan kamu menulis esei selama 90 minit
Permarkahan
Ujian MUET akan diberi markah berdasarkan berikut:
800/1 (Listening/Pendengaran) – 45 markah
800/2 (Speaking/Lisan) – 45 markah
800/3 (Reading/Pemahaman) – 120 markah
800/4 (Writing/Penulisan) – 90 markah
Jumlah mata penuh ialah 300 markah, dan keputusan akan diberi berdasarkan gred yang dinamakan sebagai Band.
B. Pemarkahan untuk Semua Band:
Band 6 – Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah: 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.
Band 5 – Pengguna yang Bagus (Jumlah markah: 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.
Band 4 – Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah: 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.
Band 3 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah: 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
Band 2 – Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.
Band 1 – Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Terdapat sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.
C. Persediaan Anda:
Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:
1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.
2. Permakahan untuk setiap aspek.
3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.
4. Persediaan dari segi grammar atau tatabahasa.
5. Persediaan dari segi vocabulary atau kosa kata.
6. Persediaan dari segi perbualan.
Penggunaan bahasa yang lemah. Tidak mampu mengeluarkan pendapat dalam bahasa ini dan penggunaan tatabahasa yang lemah.
Tempoh Sah Laku
Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Bilakah ujian MUET akan berlangsung?
Ujian MUET berlangsung tiga kali setahun iaitu Mac, Julai dan November.
Kelayakan ke Universiti
Jika kamu mendapat keputusan MUET lebih rendah dari Band 3, kamu perlu mengambilnya semula untuk layak ke universiti. Ini kerana kebanyakan universiti awam di negara ini menerima minimum Band 3 untuk layak ke peringkat ijazah sarjana muda.