Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Apakah Perbezaan di Antara Pra-Diploma dan Diploma?

Pelajar lepasan SPM 2016 pasti sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Program Diploma?

Program Diploma ialah satu program yang diuruskan dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Program Pra-Diploma?

Program Pra-Diploma pula ditawarkan kepada sesiapa mendapat keputusan kurang daripada 5 kepujian yang menyebabkan pelajar tersebut tidak layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma.

Program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar yang kurang berjaya, agar mereka juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah syarat minimun bagi sesiapa yang ingin mengikuti program Pra-Diploma:

Mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan.
Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.
Lulus (1) daripada mana-mana subjek yang berikut:
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Tempoh pengajian bagi program Pra-Diploma ialah antara 6 bulan sehingga ke 12 bulan. Akhirnya, mana-mana calon yang berjaya/lulus dalam program Pra-Diploma bolehlah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

Jadi, manakah yang lebih baik?

Sebenarnya, program Diploma dan Pra-Diploma mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam SPM (kurang daripada 5 kepujian), anda amatlah digalakkan untuk memohon program Pra-Diploma. Memang tidak dinafikan bahawa masa yang anda akan habiskan adalah lebih kurang 4 tahun kerana anda perlu menyelesaikan dahulu program Pra-Diploma (lebih kurang 1 tahun) dan program Diploma (lebih kurang 3 tahun), tetapi program Pra-Diploma ini adalah merupakan salah satu peluang untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Siapa yang mengatakan pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan seterusnya ke peringkat? Hal ini adalah kerana dengan adanya program Pra-Diploma, perkara ini adalah tidak mustahil.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang minimum sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, kami galakkan anda memohon untuk melanjutkan pelajaran ke program Diploma. Hal ini adalah kerana anda akan dapat menjimatkan masa selama 1 tahun.

Akhirnya, janganlah jadikan kegagalan itu sebagai satu halangan untuk kita terus berjaya. Jadikanlah kegagalan itu sebagai satu dorongan untuk kita menjadi lebih baik dan bersungguh-sungguh pada masa hadapan.

Saya ucapkan semoga anda semua berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat.

Register.
Enjoy 10% Discount.

3 thoughts on “Apakah Perbezaan di Antara Pra-Diploma dan Diploma?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad