Biasiswa ini baru sahaja ditawarkan oleh AgroBank yang dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian. Sekiranya anda ditawarkan biasiswa ini, selesai sahaja tamat pengajian anda akan mengikat bon pekerjaan bersama dengan Agrobank.
Program Anugerah Biasiswa Agrobank ditawarkan untuk pelajar di peringkat Ijazah sarjana Muda di institusi awam atau swasta tempatan. Penerima pinjaman PTPTN juga layak memohon!
Tarikh Tutup
Aug 23, 2017
Kriteria
SYARAT KELAYAKAN:
- Rakyat Malaysia berumur 23 tahun ke bawah
- Pelajar ijazah sepenuh masa di IPTA / IPTS tempatan yang bertauliah
- Program Sarjana dengan minimum 4 semester atau 2 tahun pada ketika pengambilan contoh, September 2016 PNGK minimum 3.30 Minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)
- Penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum akan menjadi satu kelebihan
- Berpersonaliti menarik
- Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan yang memerlukan ikatan perkhidmatan (jika PTPTN tiada ikatan jadi boleh memohon)
- Laporan perubatan memuaskan
Jumlah Biasiswa
- Sara diri: RM 3,500.00 bagi setiap semester
- Penginapan: RM 2,000.00 bagi setiap semester
- Buku: RM 500.00 setiap semester
- Praktikal: RM 700.00 setiap semester
- Komputer riba pada masa pengambilan
- Bon perkhidmatan pekerjaan dengan Agrobank dikenakan bersamaan dengan 1 tahun penajaan untuk 1 tahun dengan Agrobank setelah tamat pengajian
- Pelajar Pinjaman PTPTN boleh memohon
Cara Memohon
Klik disini untuk muat turun borang permohonan. Borang yang lengkap hantar kepada :
PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (LHCD), BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, AGROBANK TINGKAT 12, Leboh Pasar Besar, P.O Box 10815, 50726 Kuala Lumpur, Malaysia.
* Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan



