Salam warga setia wawasan UiTM sekalian,
Buli , satu kegiatan yang tidak bermoral. Namun ianya bukan gelaja yang asing bagi masyarakat dunia kerana rata-rata semua negara mengalaminya. Di Malaysia, perkara ini seakan disulam sebagai budaya hingga pembuli terlupa tentang risiko yang bakal mereka alami dek kerana terlalu asyik melakukan kegiatan yang tidak bermoral ini hingga mampu meragut nyawa.
Sebenarnya gejala buli bukan hanya dialami oleh pelajar sekolah dan universiti, malah buli di tempat kerja juga turut berlaku tanpa kita sedari. Sebenarnya pada saya, kebanyakan pembuli ni mengalami gangguan mental atau kurang perhatian dan kasih sayang sehingga mereka sanggup mendera dengan kejam dan rakus sekali dan mungkin timbul kepuasan bagi mereka apabila dapat membuli atau mendera si mangsa.
Saya amat bersimpati terhadap apa yang berlaku pada penuntun UPNM yang meninggal dunia akibat menjadi mangsa dera dan buli sehingga meragut nyawanya yang tidak dapat ditukar ganti dek fitnah orang hanya kerana barang yang mampu dibeli dengan wang ringgit. Saya rasa kalau boleh mak ayah beliau sanggup belikan 10 laptop baru pada pembuli yang kehilangan laptop tu sebagai ganti nyawa anak kesayangan mereka. Ataupun 36 buah laptop, bagi semua penuntut yang direman tu sorang satu baru puas hati!!
Ingat senang ke nak mengandung dan membesarkan seorang anak, dan siapa mereka (pembuli) untuk mengambil nyawa mangsa buli ni? Takkan tak ada belas kasihan langsung? Binatang pun ada sifat kasih sayang tau (ter-emo kejap).
Di UiTM pula, budaya buli junior, senior ni dah menjadi tradisi turun temurun , jadi tak hairan la kalau kita dengar budak-budak kena ragging dekat kolej. Pada saya, gejala buli ni tak banyak kita lihat di fakulti, tapi pada pelajar yang duduk di kolej (asrama) mereka amat terdedah pada gejala ragging dan buli sebab kebiasaannya dekat kolej la tempat junior senior berkumpul dan spent most of their time. Lagi-lagi kalau part one, memang lauk la kalau ada yang buat hal.
Tapi kebanyakkan gelaja buli dan ragging ni lebih terarah kepada pelajar Diploma, mungkin sebab bila further study ke Degree masing-masing dah lebih matang dan buat hal sendiri. Tak cukup masa, dengan assignment yang lagi menimbun lagi, nak ngedate dengan awek lagi. Kalau masa Diploma kebanyakkan student just nak have fun lagi and baru nak kenal dunia lagi-lagi pada yang tak selalu keluar sebab parents quite strict , culture shock sekejap bila berjauhan dengan family.
Akta yang sedia ada bagi kes buli ini harus diperkukuhkan lagi dan awareness campaign tentang akibat membuli pada si pembuli harus diberi penekanan yang lebih mendalam supaya mereka takut untuk membuli kerana hukuman jenayah yang berat, setimpal dengan apa yang mereka lakukan pada si mangsa.
Jenayah buli ni harus kita buang jauh dalam konteks budaya masyarakat kerana kesannya yang amat buruk kepada mangsa buli mahupun si pembuli yang merasakan mereka terlepas dari undang-undang. Mungkin ada yang terlepas dari undang-undang dunia, tapi jawab la dekat akhirat nanti yee. Kepada si pembuli, bawa-bawa lah bertaubat. Just imagine kalau saudara sekelililng kita atau anak cucu kita yang terkena nanti, lagi-lagi kalau sampai meragut nyawa. Its not a fun thing to do, it’s a crime people, so just stop bullying!!
Salam tahkziah daripada saya dan seluruh warga UiTM kepada mangsa buli dan dera, Zulfarhan Osman Zulkarnain, semoga ini adalah mangsa buli yang terakhir sehingga meragut nyawa beliau.
Kepada anda yang lain, laporkan jenayah buli dan ragging yang berlaku disekeliling anda sebelum terlambat. Yes it’s a crime!
-Tun Teja-
==========================================
Disclaimer : Segala pendapat yang disiarkan adalah pendapat asal penulis dan tidak mewakili Made In UiTM
==========================================
Anda ada pendapat yang ingin dikongsikan ?
Hantar pendapat anda ke salam@madeinuitm.com