Rayuan Meneruskan Pengajian Dan Peperiksaan Khas UiTM: Pelajar Group B (Ijazah, Master, dan PHD)
Seperti yang pelajar-pelajar UiTM sedia maklum, keputusan peperiksaan telah diumumkan pada 17 Februari 2017. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dan lulus. Dan kepada pelajar-pelajar yang gagal, pihak UiTM menyediakan rayuan meneruskan pengajian di mana mereka diberi peluang untuk meluluskan diri dalam satu peperiksaan khas.
Jadi bagi pelajar yang ingin memohon rayuan meneruskan pengajian(RMP) atau memohon bagi peperiksaan khas boleh membuat permohonan secara online pada student portal.
Berikut disertakan jadual akademik untuk makluman dan rujukan:
- Permohonan semak semula exam : 17 Februari – 03 Mac 2017
- Permohonan RMP : <= 03 Mac 2017
- Penjanaan bil RMP (bulk) : 22 Februari 2017 (Bil dijana bagi semua pelajar yang diberi status D3-D7)
- Keputusan RMP web : 15 Mac 2017
- Pendaftaran kursus supp paper : 17-20 Februari 2017
- Penjanaan bil Supp Paper (bulk) : 22 Februari 2017
- Exam Supp paper : 27 Februari – 1 Mac 2017
- Result Supp paper : 23 Mac 2017
Bil RMP dan supp paper telah dijana pada 22 Februari 2017. Pelajar boleh menyemak bil berkenaan pada portal bil pelajar.
Bagi pelajar yang ingin membuat semakan semula peperiksaan, sila emelkan kepada pihak Pengurusan Kewangan Pelajar UiTM, kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my nombor pelajar dan nyatakan bilangan subjek yang ingin disemak semula.
Kadar yang ditetap untuk setiap subjek yang dimohon: RM 50.00.