Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

“Sebelum dapat 4 Flat, saya dapat D+”

Nak dapatkan 4 Flat bukan susah. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku dapat 4 Flat. Dan aku bagi sedikit tips cara nak dapat 4 flat, supaya korang dapat rasa sekali syurga 4 Flat.

Ya. aku pernah rasa nikmat 4 flat. Hanya sekali. Sebelum dapat rasa perkataan “4 rata” tu, macam-macam aku berangan. Aku berangan nak dapat 4 flat, aku berangan nak dapat A semua subjek, aku berangan nak dapat rasa perasaan dapat 4 flat, tapi setelah aku dapat 4 flat, tiba-tiba aku rasa kosong.

Sebab aku kejar dunia, sebab aku kejar angka, sebab aku kejar abjad “A”.

Dan akhirnya, 4 flat itu cuma sesuatu yang “tak ada apa-apa“. Percaya lah cakap aku. Jangan belajar sebab 4 Flat. Sebab sekali korang dapat, korang akan rasa “la… Macam ni je ke dapat 4 flat“. Tapi korang jangan pulak cakap aku tak bersyukur. Aku happy gila tau tak! Rasa macam nak jerit, nak bagitahu satu dunia yang aku dapat 4 Flat. Tapi perasaan tu hanya sekejap. Sekejap sangat-sangat. Dan lepas tu kau akan rasa “la… Macam ni je ke dapat 4 flat”.

Cara Dapat 4 Flat Paling Berkesan:

Cara Dapat 4 Flat #1–Fokus

Focus

Dalam banyak-banyak, yang ini paling utama. Percaya cakap aku, korang hanya perlu fokus apa pensyarah ajar. Takpayah fikir “bila nak kawen“, “Tema wedding nanti nak warna apa“, “tudung dan baju pensyarah cantik atau tak?”. Fokus dan catit keyword. Apa yang pensyarah cakap, dan tiba-tiba dia tekankan keyword tersebut banyak kali, tak mustahil akan masuk exam.

Cara Dapat 4 Flat #2–Study Group

4 flat

Masa aku study dulu, aku study sorang-sorang. Aku tak tahu yang study group tu senang. Senang gila weyh. Kau tak payah hafal banyak-banyak, baca banyak-banyak. Kau cuma baca sikit je. Satu bab je. Nanti kau explain pada ahli group. Nanti kawan lain pulak ambil satu bab, dan dia akan explain isi-isi penting, kau pulak salin isi-isi penting tu. Percaya cakap aku “Study group paling senang dan best!”

 

Cara Dapat 4 Flat #3–Jangan kejar kesempurnaan!

Cara Dapat 4 FlatKesempurnaan tidak akan pernah datang. Aku selalu nak sesuatu benda tu dengan PERFECT! Walaupun hantar esaimen lambat, walaupun tak pergi kelas, janji esaimen aku gempak. Itu kelemahan aku. Bila apa yang aku rancang tak jadi, aku akan jadi down. Down gila. Bagus kalau korang target nak buat sesuatu perkara dalam keadaan perfect, tapi jangan keterlaluan. Macam aku, terlalu keterlaluan. Sangat tak bagus.

Cara Dapat 4 Flat #4–The More You Give, The More You Get.

Cara Dapat 4 FlatBanyakkan memberi. Banyakkan memberi. Banyakkan memberi. Banyakkan memberi. Banyakkan memberi. (Walaupun sekecil-kecil hal)

Cara Dapat 4 Flat #5–Solat Dhuha

Cara Dapat 4 Flat

Terus terang aku tak pernah buat. Dan aku nak buat. Nak jadikan ianya rutin. In sha Allah. Korang doakan aku ya. Sebab aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad