Cara Mendapatkan Semula Sijil SPM, PMR/PT3 atau UPSR Yang Hilang

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Cara Mendapatkan Semula Sijil SPM, PMR/PT3 atau UPSR Yang Hilang

Kehilangan dokumen penting seperti sijil-sijil pelajaran adalah satu pekara yang sangat memudaratkan terutama sekali disaat-saat ianya diperlukan. Tidak kiralah sama ada kehilangan dokumen-dokumen penting itu disebabkan oleh kecuaian atau pun bencana banjir, rumah terbakar dan sebagainya. Ramai yang buat tidak tahu sahaja sehinggalah di saat sijil berkenaan diperlukan sama ada untuk memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian barulah mula pening kepala.

Oleh itu, kami kongsikan langkah untuk mendapatkan kembali sijil akademik anda itu tidak kiralah sama ada sijil SPM, PMR/PT3 atau UPSR.

LANGKAH PERMOHONAN SIJIL PEPERIKSAAN

Permohonan melalui kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya

  • Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun dengan KLIK DISINI : BORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
  • Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.
  • Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.
  • Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)
  • Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan
  • Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

PERMOHONAN MELALUI POS

Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut :

  • Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).

TEMPOH PENGELUARAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Permohonan melalui KAUNTER LP

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan – tujuh (7) hari bekerja

Permohonan melalui POS

  • Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
  • Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

Untuk makluman anda, Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan pelaporan UPSR dan PT3. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses, pastikan anda menyemak permohonan selengkapnya. Semoga perkongsian ini membantu anda mendapatkan semula sijil peperiksaan yang baru. Keputusan masih sama ye, jangan berangan pula keputusan berubah.

Sumber – Afterschool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE