Cikgu Catherine Terkorban Ketika Cuba Menyelamatkan Rakan-Rakan

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Cikgu Catherine Janet Tiwi

MIRI  – Hasrat Catherine Janet Tiwi untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana terkubur apabila guru wanita itu meninggal dunia dalam kebakaran kuarters di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu di sini kelmarin

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.09 pagi membabitkan dua blok kuarters didiami lapan peng­huni itu, dua lagi guru wanita turut mengalami kecederaan akibat melecur semasa cuba menyelamatkan diri.

Mayat Catherine, 25, yang merupakan anak kepada seorang pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau di Kuching, dijumpai tinggal rangka dalam sebuah bilik di kuarters berkenaan.

Bapa mangsa, Tiwi Nios, 53, berkata, Catherine baru pulang ke Miri pada Jumaat lalu dari Ku­ching selepas melakukan urusan untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana di Kota Samarahan.

Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik dan baru dua tahun bertugas sebagai guru di SK Penghulu Baya Mallang itu memang berhasrat menyambung pengajian dan pernah menyatakannya kepada keluarga sebelum ini.

“Namun hasratnya tidak kesampaian,” katanya sambil memberitahu anaknya mendiami kuarters tersebut kerana sedang berkursus di SK Batu Bungan.

Ujarnya, anak perempuan tunggalnya itu sempat menghubungi ibunya dan bertanya khabar ahli keluarga sehari sebelum kejadian.

“Catherine ada menghubungi isteri saya pada pukul 6 petang semalam tetapi langsung tidak menunjukkan sikap yang pelik. Saya tidak sangka petang semalam merupakan perbualan terakhirnya dengan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kebakaran itu pada pukul 5.30 pagi.

Walau bagaimanapun, jelas­nya, disebabkan lokasi kebakaran terletak jauh di pedalaman, maka pihaknya tidak dapat menghantar bantuan segera untuk menjalankan operasi menyelamat dan pemadaman.

Tak lupa pengorbanan Cikgu Catherine

“Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenanglah Catherine di sana,” kata Afifah Azhari, saudara kepada penghuni yang terbabit dalam tragedi kebakaran kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, di Mulu, di sini, awal pagi tadi.

Tragedi itu mengorbankan seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, yang terperangkap ketika cuba menyelamatkan rakan serumahnya.

Kakak kepada Syuhadah Azhari, 27, yang turut melecur 20 peratus di bahagian muka dan badan itu tersentuh apabila dimaklumkan mendiang terperangkap ketika cuba menyelamatkan adiknya itu.

“Mendiang pada awalnya sudah selamat keluar tetapi masuk semula untuk menyelamatkan adik, mengakibatkan dia yang terkorban,” katanya melalui catatan di laman Facebook (FB) miliknya.

Katanya, Catherine adalah rakan serumah adiknya yang amat baik.

“Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenanglah Catherine di sana,” katanya.

Afifah berkata, adiknya sudah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan, bagaimanapun, adiknya itu masih lemah dan trauma.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Nor Hisham Mohamad, dalam catatan di laman FB, turut memberi kata-kata semangat buat bapa mangsa, Tiwi Nios, 53, yang juga seorang anggota bomba.

“Berita pagi ini pastinya tidak diundang sebagai seorang bapa, jauh sekali untuk dirai, apatah lagi jiwa dan hidup kita sebagai anggota bomba.

“Namun kita terpaksa reda bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuanNya. Tidak dapat saya bayangkan akan rasa kehilangan yang diharungi saudara dan keluarga,” katanya.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, dua kuarters sekolah berkenaan yang dihuni lapan individu termasuk mendiang, musnah sepenuhnya, menyebabkan dua melecur manakala yang lain dapat menyelamatkan diri.

Mendiang ditemui rentung ketika operasi pemadaman dilakukan pihak bomba pada jam 6.34 pagi tadi. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

Biasiswa Karangkraf 2017
UiTM di ❤ ku

Biasiswa Karangkraf 2017

Tentang Biasiswa Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE