DANSATIRA THE MUSICAL

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

DIPLOMA ART SHOWCASE merupakan projek akhir bagi para pelajar Diploma Program Teater semester akhir Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Puncak Perdana. Semester ini, Program Teater memilih untuk mementaskan naskah DANSATIRA THE MUSICAL karya asal Fairul Zahid dan diolah oleh Botak Alhakeem yang diinspirasikan dari Muzikal Broadway CHORUS LINE. Pementasan DANSATIRA THE MUSICAL merupakan MUZIKAL BROADWAY yang pertama dipentaskan di UiTM Puncak Perdana.

DANSATIRA THE MUSICAL

Pengarah: Fairul Zahid & Botak Alhakeem

Pelakon: Pelajar semester 5 Diploma Program Teater

Anjuran dan Kerjasama: Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Program Teater

Genre: Realism

Konsep: Muzikal Broadway

Tema: Pengorbanan dalam mencapai matlamat

Tiket: RM15

Tempat: Ruang Eksperimen FiTA, UiTM Puncak Perdana

Tarikh: 16, 17 dan 18 November 2018

Masa: 8:30 Malam

Sinopsis:

Teater ini dinamakan DANSATIRA bersempena nama syarikat tarian yang dikelola oleh tiga orang penting syarikat ini iaitu Ramlan, Amran dan Jiwa yang merupakan CEO, CFO dan COO syarikat Tira Twelve. Syarikat ini bercadang untuk menghasilkan sebuah karya yang bernilai tinggi, dimana mereka memilih Norman sebagai penggerak utama karya tersebut kerana Norman merupakan seorang pelakon terkenal dan secara tidak langsung telah menarik seramai sepuluh orang penaja utama untuk karya tersebut. Malang tidak berbau apabila watak utama iaitu Norman telah rebah, sewaktu latihan sedang dijalankan dan disahkan jatuh sakit. Teater ini mengisahkan bagaimana seorang manusia yang bersemangat teguh dalam mencapai sesebuah matlamat sehingga sanggup mengorbankan segala pahit getir dalam hidupnya untuk menjayakan perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE