Nama penyelidik Malaysia Dr Noor Liyana Yusof menjadi topik perbualan hangat dan fenomena di Internet baru-baru ini selepas penemuan penyelidikan dari tesis PhDnya menjadi tajuk utama dalam akhbar Sweden, Sydsvenskan awal bulan ini.
Noor Liyana, 30, yang baru-baru ini menamatkan pengajian doktor falsafahnya dalam teknologi makanan di Universiti Lund di Sweden, berjaya menemui jalan untuk manjadikan bayam selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak terutamanya bayi.
Artikel mengenai penemuannya itu menjadi viral di platform media sosial, termasuk Facebook.
Bayam adalah sayuran yang berkhasiat, tetapi tidak disyorkan untuk bayi kerana kandungan nitratnya. Tesis Noor Liyana memberikan satu kaedah mudah yang dapat mengurangkan kandungan nitrat sehingga 70 peratus.
Nitrat adalah nutrien biasa untuk tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran hijau yang berdaun seperti arugula dan chard. Bagaimanapun, ia boleh ditukar menjadi bahan toksik apabila diproses oleh sistem badan sehingga menyebabkan proses pengangkutan oksigen pada bayi terganggu.
Noor Liyana mengembangkan kaedah melalui penggunaan gula dan vakum, yang mengubah metabolisma dalam daun bayam supaya nitrat dipecah
Made from real passion! Be proud of what you're made of. Get yours now at https://t.co/W2FAwFep4V or visit https://t.co/VXeEKdqq2e pic.twitter.com/tjgHDV7fVU
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017
Kaedah tersebut, menurut laporan akhbar itu, merangsang aktiviti metabolik di mana daun menukarkan nitrat ke dalam protein. Gula yang diperlukan untuk melakukan proses ini boleh dibeli di kedai-kedai biasa.
“Daun bayam diletakkan dalam larutan gula dan kemudian divakumkan, akan memaksa molekul gula masuk ke daun, merangsang metabolisme mereka, sehingga nitratnya berkurang,” kata Noor Liyana dalam wawancara itu.
Proses ini tidak membuat bayam lebih kalori, kerana molekul gula digunakan untuk membuang nitrat. Jenis gula yang digunakan tidak berbangkit.
Noor Liyana berkata teknik ini sangat efektif dari segi kos dan rawatan vakum telah digunakan dalam beberapa kes untuk mengubati buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kajian Noor Liyana tentang metabolisma bayam dilakukan dengan kerjasama penyelia Federico Gomez, pensyarah kanan teknologi makanan, dan ahli fisiologi tumbuhan di Jabatan Biologi Universiti Lund iaitu Allan Rasmusson.
Noor Liyana berasal dari Kuala Terengganu. Dia memulakan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sebelum memperoleh ijazah dalam Sains Makanan (Teknologi Makanan) dari Universiti Putra Malaysia.
Noor Liyana mempunyai ijazah sarjana dalam teknologi makanan dari Universiti Wageningen di Belanda.
Beliau kini kembali ke UPM sebagai pensyarah dan penyelidik.
Sumber – TerengganuTimes
Register at https://t.co/VXeEKdqq2e and enjoy 10% discount coupon! Hit us up at https://t.co/W2FAwFep4V pic.twitter.com/TLFqckYznv
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017