Permohonan Latihan Industri / Latihan Siswazah di Syarikat Terkenal Seluruh ASEAN melalui Talent Corp

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Permohonan Latihan Industri / Latihan Siswazah di Syarikat Terkenal Seluruh ASEAN melalui Talent Corp

Pelajar semester akhir pengajian yang buntu memilih tempat latihan praktikal yang terbaik dan lepasan graduan kurang daripada tempoh 6 bulan, anda boleh memohon untuk menjalani latihan praktikal/ latihan siswazah di syarikat-syarikat terkemuka yang terletak di negara-negara ASEAN dalam pelbagai bidang mengikut bidang pengajian anda. Inilah masanya untuk anda buktikan keupayaan anda itu.

Anda yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Pelajar semester akhir pengajian atau telah menamatkan pengajian tidak melebihi tempoh 6 bulan
  • Memperolehi CGPA minimum 3.00 atau setara
  • Penguasaan bahasa Inggeris yang fasih
  • Kemahiran komunikasi yang baik

Sila ambil perhatian bahawa semua permohonan adalah tertakluk kepada keperluan dalaman syarikat. Anda boleh memohon sekarang dan pihak talentcorp akan bantu membuat permohonan ke syarikat-syarikat besar ini. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan dipilih oleh syarikat berkenaan, peluang terbaik untuk anda memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang tidak ternilai yang penting untuk pertumbuhan kerjaya di masa hadapan kelak. Jika menunjukka prestasi yang baik, jangan terkejut jika anda akan terus ditawarkan bekerja dengan syarikat berkenaan.

PROSES & KAEDAH PERMOHONAN

Proses 1:

Kemukakan permohonan anda secara online

Proses 2:

TalentCorp akan menghubungkan pemohon dengan majikan mengikut bidang pengajian

Proses 3:

Majikan akan membuat pemilihan dan hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga

Proses 4:

Majikan akan mengemaskini nama pemohon yang berjaya dan memberikan surat tawaran melalui emel atau pos tawaran ke alamat pemohon

Proses 5:

Pemohon yang berjaya dikehendaki memaklumkan penerimaan tawaran itu kepada TalentCorp melalui emel : myaseaninternship@talentcorp.com.m

Tempoh permohonan diproses adalah 2 minggu hingga ke sebulan bergantung kepada saringan pemilihan yang dibuat oleh pihak syarikat. Permohonan ini juga tiada tarikh tutup dan dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, digalakkan untuk membuat permohonan lebih awal untuk peluang yang lebih cerah. Sekiranya anda ingin membuat permohonan, boleh kemukakan permohonan terus dengan KLIK DISINI. SEMOGA BERJAYA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

UiTM di ❤ ku

DANSATIRA THE MUSICAL

DIPLOMA ART SHOWCASE merupakan projek akhir bagi para pelajar Diploma Program Teater semester akhir Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Puncak Perdana. Semester ini, Program

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE