Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP), Program Kemahiran Profesional Percuma untuk Graduan Diploma & Ijazah

Setiap daripada kita memang ada yang kurang bernasib baik. Dikurniakan ijazah/diploma tetapi masih tidak memiliki pekerjaan yang tetap. Jika anda ingin membaiki kehidupan anda tetapi tidak tahu caranya bagaimana, INSEP adalah jalan penyelesaiannya.

INSEP adalah singkatan kepada Industrial Skills Enhancement Programme iaitu pembiayaan latihan kemahiran kepada golongan lepasan Siswazah (diploma/ijazah) secara PERCUMA. Program ini memberi peluang kepada graduan diploma dan ijazah untuk meningkatkan peluang pekerjaan khususnya mereka yang masih menganggur /tiada pekerjaan tetap atau ingin meningkatkan kemahiran diri.

PUSAT LATIHAN INSEP

Mereka yang memohon dan terpilih akan menjalani latihan di pusat-pusat latihan terpilih secara sepenuh masa dan di akhir sesi latihan, mereka akan menjalani latihan di syarikat-syarikat industri sesuai dengan kemahiran yang diikuti. Berikut kami kongsikan senarai pusat latihan berkenaan. (Anda boleh klik senarai pusat latihan untuk semak program yang ditawarkan dan jika berminat boleh memohon terus di portal berkenaan). Kursus yang paling menjadi tumpuan adalah Safety & Health Office (SHO), Plant Inspection Managment, NDT, Welding Inspection, Calibration Instrumentation, Oil & Gas Electro-Mechanical and Instrumentation.

Selain itu terdapat juga pusat kemahiran yang lain yang turut menyediakan program latihan dibawah INSEP. Klik disini untuk semak Pusat Latihan tersebut. Buat carian mengikut negeri dibawah kategori INSEP. Kemudian boleh terus menghubungi nama pegawai yang dipaparkan atau boleh buat carian institusi mereka.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM INSEP

Syarat kelayakan untuk sertai INSEP ini, mudah sahaja. Berikut adalah syarat kelayakannya:

  • Berumur di antara tidak melebihi 35 tahun pada tahun latihan dijalankan.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Mengikuti program latihan kemahiran sepenuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
  • Mengikuti latihan di Penyedia Latihan yang diluluskan oleh Perbadanan. Untuk semak penyedia latihan di seluruh negara selain di 12 buah tempat berkenaan dan program yang ditawarkan
  • klik disini dan boleh buat carian berdasarkan kursus yang ingin diikuti dibawah kategori INSEP)
  • Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada mana-mana agensi kerajaan yang lain untuk mengikuti program ini.
  • Pemegang diploma atau ijazah.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan seorang penjamin (Ibu/ Bapa/ Suami/ Isteri/ Penjaga yang sah) selepas diluluskan pembiayaan latihan kemahiran

JUMLAH ELAUN BULANAN SEPANJANG PENGAJIAN

Jangan risau, memang dapat elaun. Kaedah Pembiayaan kepada pelatih dibuat mengikut dua 2 kaedah iaitu:

  • Yuran Latihan akan dibayar terus kepada PPKN
  • Elaun Sara Hidup (ESH) untuk Program INSEP sebanyak RM500.00 akan dibayar kepada pelatih setiap bulan

SEORANG PENJAMIN DIPERLUKAN

Penjamin memang wajib ada. (Maklum la kejap kau masuk tak sempat tamat latihan kau dah berambus). Jadi untuk mengelakkan masalah berkenaan, wajib ada seorang penjamin. Syarat-syarat penjamin :

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak diisytihar muflis
  • Ibu/Bapa/Penjaga yang sah
  • Suami/Isteri
  • Adik Beradik berumur 18 tahun ke atas

Sekiranya ada peserta yang tidak berjaya menamatkan program pengajian tersebut, peserta tersebut atau penjaminnya dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM20,000 ATAU sebahagian. Walaubagaimanapun, jika tidak tamatkan latihan disebabkan oleh sebab-sebab berikut, maka tidak perlu risau. Apa sebabnya? :

  • Meninggal dunia
  • Sambung belajar
  • Mendapat pekerjaan

DOKUMEN SOKONGAN PENJAMIN DAN PEMOHON YANG PERLU DISEDIAKAN

Dokumen sokongan yang diperlukan daripada Penjamin adalah seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan slip gaji/Borang akuan pendapatan (jika tiada slip gaji)
  • Borang maklumat kewangan

Dokumen sokongan pemohon yang diperlukan bagi program INSEP adalah seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan/salinan sijil kelahiran
  • Salinan surat tawaran daripada PPKN/PL
  • Salinan diploma/ijazah/transkrip semester akhir/surat pengesahan tamat pengajian daripada UA/IPTS
  • Surat setuju terima (lampiran A) daripada PTPK
  • Salinan akaun CIMB Konvensional
  • Borang nama dan alamat pelatih serta penjamin

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Untuk yang berminat, senang sahaja. Klik pada senarai institusi yang kami senaraikan di atas. Kemudian terus ke portal rasmi untuk semak program kemahiran yang ditawarkan, syarat kelayakan khusus program, tempoh pengajian, tarikh pengambilan pelajar dan tatacara permohonan. Semoga anda berjaya mengubah kehidupan anda kepada yang lebih baik. Kemahiran itu sangat penting dalam dunia pekerjaan hari ini!

Sumber – Afterschool

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad