Artikel mengisahkan seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipetik dari The Vocket. Kisah ini dikongsikan oleh Ustaz Ariz Hazlan Ismail. Ketika beliau mengunjungi majlis perkhahwinan di Taman Melati. Beliau sempat bertegur dengan seorang pakcik berusia dalam lingkungan 50an sedang menjual aiskrim. Pakcik tersebut dipanggil oleh tuan rumah untuk menyediakan aiskrim kepada tetamu yang hadir pada hari perkhawinan tersebut.
Dari perbualan diantara mereka, barulah Ustaz Ariz mengetahui bahawa pakcik itu berasal dari Medan, Indonesia. Setiap hari beliau akan mengayuh basikal sambil menjaja aiskrim sekitar Taman Melati, Kuala Lumpur. Pakcik ini merupakan lulusan Sarjana Usuluddin dan mencari nafkah dengan hanya menjual aiskrim untuk membiayai pengajian PhDnya di Universiti Malaya.
Sudah berusia 50 tahun, tetapi semangat beliau untuk terus menuntut ilmu patut diberi pujian.
OSDA nama diberi sebagai jenama aiskrim beliau :
Apabila ditanya mengapa jenama aiskrimnya OSDA ??
Jawab pakcik itu “Orang Sabar Disayangi Allah”
Made from real passion! Be proud of what you're made of. Get yours now at https://t.co/W2FAwFep4V or visit https://t.co/VXeEKdqq2e pic.twitter.com/YZHgcbzepo
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017
Aiskrim pakcik ini sememangnya terkenal di sekitar kawasan, Taman Melati. Aiskrim yang beliau hasilkan sendiri ini sangat lembut dan creamy, sehingga mendapat pujian dari orang ramai :
Dan dipuji kerana istiqamah beliau:
Beliau boleh dijumpai sekitar:
Pesanan beliau di Majlis Perkhahwinan tersebut :
“Ya Allah, satukanlah hati kedua pengantin baru ini. Isteri adalah amanah Allah. Jangan sakiti hatinya.”
Sumber – Tuan Aris Hazlan Ismail










