Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Kenapa Graduan Universiti Perlu Ceburi Bidang Keusahawanan

”Belajar pandai-pandai, dapat ijazah, dapat kerja yang baik, dan hidup bahagia… ! “

Selepas pelajar universiti habis belajar, dapat diploma, ijazah atau lebih tinggi lagi, apa yang diharapkan selepas itu ?

Kalau nak ikutkan kebiasaan, pelajar universiti akan ikut nasihat orang tua-tua. Orang tua-tua kita, termasuklah dari kalangan mereka yang tahap Professor sekalipun (bukan semua) akan berikan nasihat macam ni…

” Mengaji pandai-pandai, dapat ijazah, dapat kerja yang baik, dan hidup bahagia… ! “

Itu ayat yang sering kita dengar.

Daripada kecil, mentaliti masyarakat kita sudah dilatih berfahaman makan gaji, sebagai cara hidup dan pilihan yang selamat.

Tapi para pelajar universiti sekarang tentu dah sedar bahawa untuk dapatkan pekerjaan sebaik saja tamat belajar bukannya mudah sekarang. Formula yang diperturunkan pada anda semua selama ini sudah tak boleh pakai lagi sebenarnya.

Fakta pelajar universiti selepas tamat belajar

Sebelum kita sambung lebih lanjut, lihat di bawah sedikit fakta yang anda semua terutamanya para pelajar universiti, perlu ambil tahu.

  1. Jumlah pelajar universiti keluar ke dunia nyata selepas habis belajar adalah seramai lebih kurang 200 ribu orang setahun. Ramai tu !, dan jumlahnya meningkat saban tahun.
  2. Dalam 4 orang pelajar yang tamat, seorang tidak akan dapat kerja dalam tempoh 6 bulan selepas itu. Ertinya jadi penggangur yang ada pendidikan dan terpaksa bergantung pada ibubapa silap hari bulan.
  3. Golongan tamat belajar yang paling ramai tak ada kerja adalah mereka yang ada ijazah. Dalam lingkungan 31.4%

3 sebab utama majikan tolak permohonan kerja

Berikut adalah 3 sebab utama majikan tolak permohonan lulusan universiti dari mendapat jawatan dalam kekosongan di syarikat mereka:

  • Sikap dan keperibadian yang lemah – 59%
  • Lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris – 64%
  • skil komunikasi kurang bagus – 60%

Bukan niatnya disini nak ajak para lulusan universiti dan para pelajar universiti untuk jadi pekerja makan gaji.  Cuma nak sedarkan bahawa para pelajar universiti perlu cari formula baru yang berbeza daripada pesanan atau formula yang dibekalkan oleh orang-orang tua kita selama ini.

Salah satunya adalah dengan menjadi usahawan. Untuk itu anda perlu ambil initiatif sendiri dan bukan harapkan pada universiti. Sebabnya adalah Universiti tempat anda belajar tu tak perduli samada anda dapat kerja atau tidak selepas tamat belajar nanti. Kerja mereka hanyalah untuk berikan anda semua pendidikan tinggi.

Apa pelajar universiti perlu buat

Kami kongsikan idea apa yang pelajar perlu buat untuk jadikan diri anda berguna selepas tamat belajar nanti. Artikel ini tercetus selepas membaca status di Facebook yang ditulis oleh saudara Effendy Zulkifly

Jom kita lihat antara idea-idea yang beliau ketengahkan khas untuk para pelajar universiti:

  1. Jangan berharap pada sesiapa hatta kerajaan sekalipun. Mahasiswa perlu mandiri dan sedar diri. Dari awal masuk universiti perlu sedar di luar universiti ramai insan menganggur dan anda juga ada potensi menganggur.
  2. Selepas SEDAR DIRI, di samping belajar rajin-rajin, jimat cermat dengan duit pinjaman pelajaran. Kalau boleh jangan berhutang belajar.
  3. Ceburi bidang perniagaan seawal mungkin di universiti tapi kena pandai bahagi masa. Hadiri kursus-kursus perniagaan yang dianjurkan di dalam atau luar universiti tapi elakkan pergi kursus yang mahal nak mampus yurannya sebab lebih baik duit tu buat modal perniagaan.
  4. Kurangkan politik partisan tapi mahirkan dengan geo-politik dan geo-ekonomi antarabangsa. Supaya anda tidak sempit pemikiran dengan masalah politik partisan yang tidak sudah-sudah sejak zaman merdeka antara pemimpin-pemimpin politik yang ada kepentingan peribadi.
  5. Mahirkan kemahiran KOMUNIKASI dengan ilmu komunikasi. Satu dunia anda pergi anda boleh hidup dan berasilimisasi dengan masyarakat sedunia.
  6. Cuti semester ambil peluang travel ke luar negara buat network antarabangsa sebanyak mungkin dan sesungguhnya Malaysia ini kecil sahaja tapi dunia di luar Malaysia janjikan peluang pekerjaan yang sangat besar.
  7. Business Mindsetting kena develop dari awal seawal tahun pertama. Jika anda ada Entrepreneurship Mindset, isu pengangguran bukan isu anda malahan anda pula akan bagi jobs kepada orang lain.
  8. Kenali NGO yang betul seperti Jaringan Anak Muda, MyNEF, WENA, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Media Hebat yang punyai banyak jaringan keusahawanan tempatan dan antarabangsa yang boleh buka minda anda setakat 3K, Kolej, Kediaman, Kantin kepada dunia yang lebih luas.

Pesan beliau lagi,

“Saya ada banyak lagi solusi-solusi lain dan jika ada kesempatan , silalah datang bertemu dengan saya, InsyaAllah minda anda akan terbuka luas dan bersemangat lain macam untuk menakluk dunia dan memasang impian besar “

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya khas untuk para pelajar universiti yang masih belajar sekarang. Anda perlu ingat, ilmu yang paling berguna sebenarnya bukan ada kat dalam buku teks jurusan yang anda ambil tu. Lebih banyak ilmu lain yang amat penting, anda perlu kutip di luar kelas.

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad