Kerja Keras Dan Jangan Mudah Putus Asa Kunci Kejayaan Utama Pelajar Cemerlang

Penerima Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Mohammad Adib Akmal Noor Azlan (tengah) menerima kucupan tahniah bersama ahli keluarganya selepas Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-87 di Dewan Agung Tuanku Cancelor, UiTM Shah Alam. – Harian Metro

Usaha keras demi mencipta kejayaan dalam kehidupan menjadi tunjang utama kepada Muhammad Adib Akmal Noor Azlan, 24, meraih Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-87 di sini kelmarin.

Graduan Sarjana Muda Kewangan dari Kampus UiTM, Alor Gajah, Melaka itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.90 sekali gus menjadikannya antara penuntut cemerlang dalam istiadat berkenaan.

Muhammad Adib yang penerima biasiswa Sime Darby berkata, dia sentiasa sematkan dalam diri untuk melakukan yang terbaik.

“Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak. Itu yang saya lakukan sepanjang belajar di UiTM, sentiasa letakkan sesuatu matlamat untuk dicapai sebaik mungkin.

“Tiada rahsia untuk berjaya selain daripada belajar secara konsisten, jangan mudah putus asa kerana kejayaan tidak akan datang bergolek,” katanya yang kini bekerja sebagai Eksekutif Audit Dalaman di Sime Darby Plantation sejak Februari lalu.

Sumber – harian metro

UITM ORIGINAL SERIES-REDUiTM Sweater Original Series – Classic Red are uniquely crafted using a screen-print technique…

Posted by Made In UiTM on Monday, 16 October 2017

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad