Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Ketahui Cara untuk Membatalkan/Memberhentikan Pinjaman PTPTN Sekiranya ditawarkan Biasiswa/Pinjaman Lain

Banyak persoalan mengenai PTPTN yang timbul terutamanya melibatkan pembatalan PTPTN kerana mendapat penaja baru, gagal dalam pengajian, diberhentikan daripada pengajian, berpindah ke universiti baru dan sebagainya. Untuk menjawab persoalan anda, rujuk soalan yang mungkin anda sedang alaminya sekarang.

Saya telah ditawarkan penajaan lain/pinjaman lain/pembiayaan sendiri. Bagaimana cara untuk membatalkan/memberhentikan pinjaman yang ditawarkan/diterima?

Pemohon perlu memuat turun borang pembatalan/pemberhentian pinjaman berikut : BORANG PEMBATALAN PTPTN. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan (PPN/ PPC) yang berhampiran. Sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja berkenaan.

Jika saya berpindah ke universiti yang lain. Bagaimana dengan yuran pengajian yang dibayar oleh PTPTN terus kepada pihak universiti?. Perlukah saya membatalkan pinjaman atau menukar pinjaman ke universiti baru?

Ya, peminjam perlu memuat turun borang permohonan bertukar universiti dengan memaklumkan kepada pihak PTPTN universiti yang baru bagi urusan pembayaran yuran. Klik untuk muat turun borang berkenaan : BORANG TUKAR UNIVERSITI. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan (PPN/ PPC) yang berhampiran.

Saya telah membatalkan pinjaman pendidikan PTPTN kerana menerima penaja lain dan telah lulus pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Bolehkah saya memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima sebelum pinjaman tersebut dibatalkan?

Ya, boleh. Pertimbangan pengecualian bayaran balik akan diberikan ke atas jumlah pinjaman yang tidak bertindih dengan penaja lain. Sekiranya terdapat pertindihan, peminjam perlu menyelesaikan jumlah pinjaman yang bertindih.

Perlukah saya membuat permohonan sekarang kerana ada yang menyatakan permohonan boleh dibuat sebaik sahaja pendaftaran masuk ke universiti kelak?

Ya, boleh membuat permohonan sekarang. Tidak menjadi masalah. Jika permohonan diluluskan muat turun semua dokumen yang dikehendaki untuk dibawa bersama ke universiti. Tunggu tarikh hebahan Roadshow PTPTN ke universiti anda untuk penyerahan dokumen permohonan.

Saya telah mencetak dokumen tawaran. Di mana dan bilakah saya perlu menghantar dokumen tersebut?

Serahan dokumen tawaran hendaklah dibuat di IPT masing-masing atau mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan (Jika melalui universiti tidak mengapa sekiranya lebih daripada 14 hari).

Berapakah tempoh masa yang diambil untuk menerima wang pinjaman selepas menghantar dokumen yang lengkap diserahkan kepada pihak PTPTN?

Wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap..

Siapakah yang layak memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?

i) Peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
ii) Bagi peminjam IPTS, program yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Bagaimanakah cara hendak memohon pengecualian bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan kelas pertama?

Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN bagi menikmati insentif ini dalam tempoh 12 bulan (1 tahun) daripada tarikh konvokesyen.

Dokumen yang perlu disertakan ialah:

i) Borang Akuan Pelajar bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman yang telah lengkap diisi.
ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang disahkan.
iii)Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
iv) Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
v) Surat pengesahan Ijazah Sarjana Muda yang diperolehi adalah setaraf dengan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

Nota:

Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam.
Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Apakah faktor yang menyebabkan saya gagal mendapat pengecualian balik pinjaman walaupun telah lulus kelas pertama?

Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima sekiranya:

Menerima pinjaman selepas tamat pengajian;
Bertindih Tajaan;
Mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).

Saya telah menamatkan pengajian lebih awal daripada tempoh lazim yang ditetapkan IPT. Adakah saya layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?

Layak. Pertimbangan pengecualian bayaran balik boleh diberikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima dalam tempoh pengajian sahaja. Bagi pinjaman yang diterima selepas tamat pengajian, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada PTPTN.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad