Bagi para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda (degree), adalah wajib bagi anda untuk lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3.
Kebanyakkan pelajar memandang ringan isu ini sehinggalah saat permohonan kemasukan ke universiti bagi peringkat ijazah dibuka dibuka. Bila hendak memohon tidak layak kerana tidak memiliki MUET.
Jadi, untuk anda yang belum memiliki MUET bolehlah mendaftar untuk menduduki peperiksaan MUET SESI Mac 2018. Pendaftaran telah pun dibuka bermula pada 1 November 2017 lalu sehingga 10 Januari 2018. Berikut adalah hebahan yang dibuat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Untuk semak panduan pendaftaran semua calon sama ada calon sekolah atau calon persendirian KLIK DISINI
Untuk rujuk manual permohonan CALON PERSENDIRIAN KLIK DISINI
Untuk terus ke laman rasmi permohonan MPM MUET bagi membuat permohonan KLIK DISINI
Sekiranya anda adalah calon sekolah/sekolah swasta tidak perlu risau kerana pihak sekolah akan daftarkan untuk anda TETAPI jika ada adalah lepasan diploma yang tidak pernah mengambil MUET, sila mohon dibawah calon persendirian. Semoga berjaya!