Passport Malaysia ke-13 paling berkuasa di dunia pada tahun 2017

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Menurut Indeks Sekatan Henley & Partners Visa 2017, passport Malaysia telah menduduki tempat kedua di Asia Tenggara selepas Singapura dari segi kebebasan perjalanan.

Pemegang Pasport Malaysia kini boleh mengembara ke 164 negara tanpa visa. Secara keseluruhan, Malaysia di tangga ke-13 peringkat global, manakala Singapura di tempat keempat dan Brunei ke-23. Rakyat singapura boleh pergi ke 173 negara dengan bebas dan Brunei Darussalam mempunyai akses visa percuma kepada 151 negara.

Bagi negara-negara lain di Asia Tenggara, Timor Leste mempunyai akses visa percuma untuk 83 negara, Thailand 71, Filipina 61, Indonesia 57, Kemboja 48, Laos 48, Vietnam 45 dan Myanmar 41.

Menurut Henley & Partners, dunia menjadi semakin global, setiap individu produktif dan menjalankan perniagaan pada skala antarabangsa, dengan kewarganegaraanm kedua atau ketiga menjadi pilihan yang semakin menarik.

Bagi individu dari negara yang mempunyai akses passport bebas visa yang terhad, pasport kedua boleh membuka perjalanan ke negara-negara yang dahulunya terhad oleh syarat-syarat permohonan visa yang memakan masa panjang. “Pasport kedua memberikan usahawan akeses kepada pasaran global, dan seterusnya mewujudkan peluang untuk pertumbuhan,” Henley & Partners di laman webnya.

Passport negara Jerman menduduki tempat pertama dengan akses lebih daripada 177 negara tanpa visa, manakala Afghanistan di kedudukan terendah iaitu 104 dengan akses visa percuma kepada hanya 24 negara seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Biasiswa Daikin 2017

INFO BIASISWA Daikin, syarikat penghawa dingin No.1 di dunia, menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak dan telah menerima tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Swasta

Read More »
Ayah dan Anak Genggam PhD Bersama
UiTM di ❤ ku

Ayah dan Anak Genggam PhD Bersama

Kebahagiaan berganda bagi bapa dan anak perempuannya apabila kedua-duanya menerima ijazah kedoktoran semasa majlis konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Mahad Ayen, pensyarah berusia 63 tahun,

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE