Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Pelajar Sekolah Agama Juara Cabaran Pereka Cipta Muda Sime Darby 2017

Juara
PEMENANG tempat pertama dari Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor, Nur Anis Suratiman 17 (kiri), Nur Asikin Zulkefli 17 (dua kanan), dan Ainurania Azzahra Zulkifli 16, bergambar ketika majlis penyampaian hadiah “Sime Darby Young Innovators Challenge 2017” di iM4U Sentral, Puchong. – Foto Sairien Nafis Berita Harian

PETALING JAYA: Sekolah Agama Menengah (SAM) Jeram, Kuala Selangor muncul johan Cabaran Pereka Cipta Muda Sime Darby 2017 (SDYIC 2017) menerusi prototaip mikroskop mudah alih pada Kejohanan Kebangsaan SDYIC 2017.

Protaip itu dicipta oleh kumpulan Afa Adduino yang dianggotai Nur Anis Suratiman,17; Nur Asikin Zulkefli,17 dan Ainurania Azzahra Zulkifli,16.

Tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram, Kuala Selangor menerusi prototaip sistem kad untuk memberi amaran kepada penumpang supaya memberi ruang tempat duduk kepada penumpang kurang upaya.

Prototaip sistem pengesan api automatik pula mengangkat kumpulan Life Saviours dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Setiu di tempat ketiga

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby, Yatela Zainal Abidin, berkata inisiatif itu bertujuan memberi galakan kepada generasi muda berumur antara 13 hingga 17 tahun untuk bekerjasama dan mencari penyelesaian terhadap inovatif, kreatif dan tindakan dengan mencurahkan idea, inovasi, kepemimpinan dan kemahiran keusahawanan.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dengan kesan yang mampan terhadap pembangunan anak muda Malaysia, yang tidak ragu-ragu untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

“Keazaman dan imaginasi anak muda tidak pernah menghampakan kami,” katanya pada majlis itu.

Kejohanan anjuran bersama YSD, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Chumbaka dan iM4U itu mengumpulkan komuniti daripada industri teknologi, universiti untuk meraikan kreativiti dan daya cipta pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Tahun ini, sebanyak 15 kumpulan dari sembilan negeri mempertaruhkan prototaip masing-masing.

Mengulas mengenai idea prototaip mikroskop mudah alih berkenaan, Nur Anis berkata, idea untuk menghasilkan alat itu muncul dua hari sebelum kejohanan.

“Kami tidak sangka menang sebab ramai lagi pesaing hebat. Kami bukan pelajar aliran Sains tetapi aliran Sastera.

“Idea datang bila kami tengok kemudahan alat mikroskop di sekolah kami sangat terhad… pelajar pula ramai. Jadi kami keluar dengan idea ini untuk selesaikan masalah itu, sekali gus bantu sekolah untuk atasi kekurangan kemudahan,” katanya.

Beliau berkata, kos membina sebuah mikroskop mudah alih itu hanya berjumlah RM22.95.

“Visi kami adalah nak keluarkan mikroskop pada harga murah tetapi kualiti sama macam mikroskop di makmal. Selain itu, kita nak bantu pelajar lain dalam proses pembelajaran,” katanya.

Juara membawa pulang kit robot dan lawatan sambil belajar ke Universal Studios Singapore (USS), tempat kedua kit robot Ultimate 2.0 manakala ketiga menerima kit robot mBot Ranger Transformable STEM.

Info

15 kumpulan dipilih daripada 1,000 kumpulan seluruh negara

Sumber – Berita Harian

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad