Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Pelajar SPM 2017 Boleh Memohon Kemasukan ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) Menggunakan Keputusan Percubaan SPM 2017!

Kami tahu sekarang Pelajar SPM 2017 tidak ada masa untuk mengisi permohonan dan sebagainya. Tetapi mungkin berita ini akan menjadi pemangkin semangat untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan memenuhi impian anda untuk melanjutkan pengajian ke UTP. Untuk pengetahuan anda, UTP sedang membuka permohonan kemasukan ke universiti itu untuk ambilan Mac 2018. Pelajar SPM tahun ini, boleh memohon menggunakan KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM masing-masing.

Tahukah anda bahawa walaupun UTP adalah IPTS tetapi majoriti pelajar yang menerima tawaran UTP dan Universiti Awam, mereka lebih memilih untuk ke UTP berbanding ke UA. Kenapa mereka memilih ke UTP? Ini kerana, UTP tersenarai dalam ranking 7 universiti terbaik di Malaysia dan UTP berada di tangga ke-enam (6) dan tangga pertama dalam ranking IPTS di Malaysia.

Kemudahan pembelajaran yang disediakan, kursus yang mendapat permintaan tinggi oleh industri selain peluang pekerjaan yang luas selepas tamat pengajian sangat menyakinkan pelajar untuk memilih UTP memandangkan UTP berkolaborasi dengan syarikat-syarikat industri sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tamat pengajian. Hebat kan?. Jadi masalah pembiayaan pengajian yang mahal berbanding di UA itu bukan lagi alasan. Ini kerana UTP turut menyediakan bantuan biasiswa kepada pelajar yang layak. Jika anda membuat pinjaman PTPTN sekalipun dan mendapat keputusan kelas pertama semasa pengajian di peringkat degree, anda turut tidak perlu membayar semula pinjaman. Jadi kenapa perlu risau?.

Sekiranya anda berminat, anda boleh memohon kursus berikut :

  • Engineering Stream
  • Technology Stream
  • Science Stream

Tempoh pengajian

Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 3 bulan.

Untuk info lebih lanjut mengenai program pengajian KLIK DISINI. Tamat pengajian asasi (foundation) kelak, barulah anda boleh memohon ke pengajian ijazah sarjana muda (degree).

Berikut merupakan kursus yang anda boleh mohon untuk pengajian degree mengikut program asasi yang diambil :

Engineering Stream

Bachelor of Engineering (Honours)

Technology Stream

Bachelor of Technology (Honours)

Science Stream

Bachelor of Science (Honours)

Sekiranya anda berminat, anda boleh memohon menggunakan keputusan percubaan SPM anda.

Permohonan telah pun dibuka sejak 20 Oktober yang lalu dan bakal ditutup pada 18 February 2018. Sekiranya anda tidak mahu lagi memohon sekarang boleh kongsikan dahulu di laman facebook masing-masing supaya tidak terlepas tarikh kelak. Tamat SPM boleh memohon. Semoga berjaya

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad