Peserta Pertukaran Mahasiwa UiTM Terkejut Rakyat Malaysia Tidak Boleh Cakap Melayu

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Peserta Pertukaran
Masaya Ono, 21, lebih terkejut apabila mendapati pendatang asing lebih mahir berbahasa Melayu berbanding warga Malaysia sendiri. — Foto oleh Nabihah Hamid / MalayMail Online

SHAH ALAM, 8 Feb — Kagum dengan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, seorang pelajar Jepun terkejut apabila menjumpai warganya tidak pandai berbicara dalam Melayu.

Masaya Ono, 21, menceritakan pengalamannya bercuti di beberapa negeri di utara Semenanjung seperti di Perak dan Pulau Pinang.

“Saya waktu itu berada di Ipoh dan menaiki GrabCar. Saya terkejut kerana apabila bertanya dalam Melayu tetapi pemandu tidak faham cakap saya.

“Mula-mula saya cakap bahasa Inggeris dan dia jawab bahasa Cina. Mujur saya ada asas Mandarin,” kata mahasiswa Universiti Bunkyo Gakuin itu kepada ProjekMMOminggu lepas.

“Saya juga ke kedai serbaneka di Pulau Pinang, dan pekerja di sana tidak berbahasa Melayu atau Inggeris. Terkejut kenapa ada juga rakyat Malaysia tidak tahu cakap Melayu.

“Tidak mungkin mereka tidak fasih bahasa rasmi?” soal pelajar ijazah kajian budaya dan antarabangsa itu, seorang peserta pertukaran mahasiwa di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Di negara matahari terbit, kata Masaya lagi, rakyatnya dididik mengutamakan bahasa Ibunda, termasuk warga asing yang bekerja di sana.

Tetapi kejadian di Malaysia pelik apabila pekerja asing lebih fasih cakap Melayu berbanding rakyatnya sendiri, tambahnya.

“Kalau di Jepun kami memang mengutamakan bahasa kami sehingga ramai [warga Jepun] yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Pelancong dan pekerja luar pun tahu [bahasa Jepun].

“Tetapi apa yang lebih mengejutkan, warga asing seperti saya lebih mahir berbahasa Melayu. Malah, pengawal keselamatan warga Nepal dan Bangladesh di rumah saya lebih mahir.

“Mereka [warga asing] sangat pandai. Bagaimana boleh jadi begitu? Ini memang pelik,” katanya,  yang sudah menetap enam bulan di Malaysia.

BACA : KAJIAN MEMBUKTIKAN BERLAKU DISKRIMINASI TERHADAP GRADUAN MELAYU DI MALAYSIA.

Namun anak bongsu, daripada dua beradik, dari Kanagawa itu mengakui bukan mudah mempelajari bahasa Melayu jika tidak bersungguh-sungguh.

“Mungkin, muka saya tidak seperti orang asing [Jepun]. Mereka ingat saya orang tempatan. Tetapi bagus juga, ia secara tidak langsung mengajar saya bercakap Melayu,” katanya.

“Kadang-kadang hendak beli makanan, peniaga tanya saya ‘Hendak makan apa? Makan sini?’.”

Selain bantuan rakan-rakan di UiTM, Masaya merujuk beberapa buku asas perbualan Melayu selain menggunakan kemudahan Google di telefon pintarnya.

Beliau berhasrat mengikuti kelas khas bahasa Melayu jika, kemudiannya, membuat keputusan untuk berhijrah ke Malaysia selepas tamat pengajian di Jepun pada 2018.

“Saya ada buku asas Melayu, selain Google apa yang saya tidak faham. Tengoklah, kalau hendak berhijrah nanti, kena ambil kelas khas supaya betul-betul mahir,” katanya.

Sumber : Malay Mail Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE