Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

PhD yang siap dalam masa 10 Bulan adalah palsu

KUALA LUMPUR: Kesahihan pemegang doktor falsafah (PhD) akan dapat disahkan tidak lama lagi melalui pangkalan data yang sedang dibina oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Sesiapa yang memperoleh sijil ijazah kehormat (PhD) dalam tempoh 10 bulan, maka ianya adalah sijil palsu, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Ken Jin.

Beliau berkata penggunaan sijil PhD palsu adalah tindakan yang salah disisi undang-undang dan kementerian turut bekerjasama dengan polis bagi mencegah kegiatan haram ini.

“Sekiranya dapat tahu dan ada bukti pihak tertentu tidak dapat PhD dengan cara yang berintegriti, laporan boleh dibuat dan kementerian akan bekerjasama dengan polis.

“Tindakan tegas akan diambil dan saya sendiri tidak setuju dengan pihak yang menggunakan gelaran ‘doktor’ sekiranya mereka tidak dapat PhD dengan cara yang betul,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

PhD ialah ijazah tertinggi yang dianugerahkan sesebuah universiti. Penganugerahan tersebut dibuat setelah calon berjaya membuat penyelidikan yang mencapai standard PhD dalam sesuatu bidang.

Seseorang yang memperoleh ijazah PhD dipandang tinggi daripada segi keilmuannya dalam bidang kajiannya, lebih-lebih lagi kalau individu bergelar profesor.

“Kita tidak mahu mereka yang memegang ijazah palsu kerana ini akan memberi kesan yang buruk kepada pengundi kita,” katanya.

Tempoh pengajian PhD lazimnya mengambil masa antara 3 hingga 6 tahun sekiranya dibuat secara sepenuh masa.

Bagi pengajian separuh masa tempoh yang diberi adalah sehingga 8 tahun bagi sesetengah universiti.

Yap berkata bagi mengelakkan masalah ini terus berlaku, kementerian sedang merangka satu perisian yang membolehkan orang awam menyemak dan mengesahkan status PhD seseorang.

“Kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya pengguna ijazah palsu yang memperolehnya melalui laman web.

“Perisian yang sedang dibangunkan kementerian merupakan satu sistem senarai dari semua Institusi Pengajian Tinggi awam Malaysia (IPTA). Ia carian yang boleh dibuat secara manual sehingga 2016.

“Sistem ini, merangkumi senarai pemegang PhD, nama universiti, nama penerima, pengajian dan tesis serta tahun tamat pengajian,” katanya.

Sumber – The Star

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad