“Saya tak memilih, tapi lelaki yang ‘undur diri’ bila tahu saya sambung PhD”

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

saya tak memilih

(Gambar sekadar hiasan)

“Saya tak memilih, tapi lelaki yang ‘undur diri’ bila tahu saya sambung PhD”


KUALA LUMPUR
: Wanita yang berlatarbelakangkan pendidikan tinggi mampu mempengaruhi tahap keyakinan lelaki di negara ini, kata Ina (bukan nama sebenar), 38, yang masih bujang.

Pernah bertunang pada usia 24 tahun, namun pertunangan selama lapan tahun berakhir sebelum sampai ke jinjang pelamin.

Bertugas sebagai juruaudit sistem maklumat di salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Ina yang berasal dari Kuala Lumpur mengakui kekangan masa demi mengejar cita-cita dan kerjaya menjadi antara faktor beliau lewat berkahwin.

“Waktu saya berpisah (dengan tunang) dahulu, bukan tiada kawan. Ada orang yang saya berkenalan. Cuma bila saya cerita berkenaan kerjaya saya, waktu kerja itu kadang-kadang membataskan kami untuk keluar bersama.

“Orang susah nak ajak saya keluar…saya agak sibuk bekerja. Kadang-kadang sampai lewat malam. Hujung minggu pun kadang-kadang kerja,” katanya kepada Astro AWANI.

Bukan itu sahaja, ada lelaki yang dikenalinya sanggup mengundur diri setelah mengetahui Ina sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang sekuriti maklumat.

“Bila dia (lelaki) tahu kita ada Master’s, sambung PhD, dia rasa rendah diri. Keluar (berjumpa) sekali dua terus dia tak nak keluar dah.

“Orang kata tahap pendidikan itu (penting), ya betul…tetapi tidak juga sebenarnya. Selagi dia (lelaki) yakin pada dirinya sendiri, ia tak jadi masalah.

“Walaupun tahap pendidikan dia cuma diploma atau ijazah, tapi kalau dia ada keyakinan diri, percaya pada diri sendiri dan buat sesuatu perkara itu bersungguh-sungguh, saya tak rasa malu nak berkawan atau lebih mengenali dia,” kata Ina.

Bagi Ina, bukan wang ringgit mahupun kemewahan yang dicari. Sebaliknya, seorang lelaki yang punyai nilai agama serta mampu membimbingnya dan keluarga.

“Memang kerjaya adalah salah satu faktor, kedua pendidikan dan ketiga adalah kualiti lelaki tersebut kot..(sambil ketawa).

“Ada calon yang saya kenal itu ok orangnya. Tapi bila tahu, setelah diselidik, dia ini kurang (ilmu) agamanya.

“Bila umur dah lewat, dekat 40 ini, kita dah tak tengok wang riggit tu. Yang penting hidup bersama dan dia (suami) akan bimbing kita. Tidak kisah tua ke muda ke, janji cukup agama untuk membimbing saya dan keluarga,” katanya.

 Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) menunjukkan 35.7 peratus wanita di negara ini lewat berkahwin disebabkan tiada calon yang sesuai.

Manakala 56 peratus lelaki pula mengakui berhadapan masalah kewangan yang mengakibatkan mereka lewat berkahwin.

 

Sumber : www.astroawani.com

BACA : Kenapa Ramai Memilih Untuk Berkahwin Lambat di Malaysia

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad