Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Senarai Keseluruhan Program Pengajian Berserta Syarat Kelayakan Mengikut Program yang Ditawarkan Oleh UiTM

Perkongsian keseluruhan program yang ditawarkan oleh universiti awam menerusi portal UPU kelak diteruskan seperti mana yang telah dijanjikan iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seperti biasa kami ingatkan semula, perkongsian ini melibatkan semua kategori permohonan iaitu bermula dengan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf dan STAM.

Latar belakang UiTM.

Universiti Teknologi MARA mula ditubuhkan pada tahun 1956 seiring dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority) iaitu sebuah pusat percubaan yang menyediakan kursus pendidikan bahasa Inggeris untuk belia di kawasan luar bandar.

Matlamat penubuhan Dewan Latihan RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pengambilan pelajar pertama adalah seramai 25 orang bagi kursus London Chamber of Commerce dan kursus untuk peniaga-peniaga kecil. Pada tahun 1965 Dewan Latihan RIDA bertukar nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat) hasil dari Kongres Ekonomi Bumiputera yang diadakan di Kuala Lumpur pada 5 hingga 7 Jun 1965.

Pada tahun 1970 Maktab MARA bertukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). ITM diberi autonomi penuh dan tidak lagi diletakkan di bawah Bahagian Latihan MARA. Ianya diletakkan terus di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Pada tahun 1996, Akta ITM dipinda bagi membolehkan ITM berfungsi sebagai sebuah universiti tempatan awam selain membolehkan institut melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan, mengadakan kursus secara francais dan menubuhkan cawangan di seberang laut.

Tanggal 26 Ogos 1999, ITM ditukar nama kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah pengisytiharan dibuat oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM. Kini UiTM menawarkan sejumlah 138 program pengajian di peringkat Sarjana Muda menerusi pelbagai fakultinya. Pengambilan pelajar bagi kebanyakan program peringkat Sarjana Muda dibuat dua (2) kali setahun. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, perakaunan, undang-undang, pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.

FAKULTI-FAKULTI UiTM

FAKULTI-FAKULTI DIBAWAH KATEGORI SAINS & TEKNOLOGI

  • Fakulti Sains Gunaan
  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik
  • Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Kejuruteraan Awam
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  • Fakulti Kejuruteraan Kimia
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  • Fakulti Perladangan dan Agroteknologi

FAKULTI-FAKULTI DIBAWAH KATEGORI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

  • Fakulti Undang-Undang
  • Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
  • Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
  • Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Fakulti Muzik

FAKULTI-FAKULTI DIBAWAH KATEGORI PENGURUSAN & PERNIAGAAN

  • Fakulti Perakaunan
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan
  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan
  • Fakulti Pengurusan Maklumat;

PUSAT AKADEMIK

  • Akademi Pengajian Bahasa
  • Akademi Pengajian Islam Kontemporari

JANGKA MASA PROGRAM

  • Jangka masa program peringkat Sarjana Muda ialah enam (6) hingga lapan (8) semester. Satu (1) semester bersamaan enam ( 6 ) bulan.

Untuk maklumat lanjut sila ke Portal Kemasukan Pelajar UiTM

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali dalam setahun, iaitu pengambilan bagi sesi September dan Mac. Untuk sesi pengambilan September, pemohon dikehendaki membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan sesi pengambilan Mac pula dikendalikan sepenuhnya oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui http://online.uitm.edu.my dalam tempoh ditetapkan. Iklan pengambilan disiarkan oleh KPTM dalam akhbar tempatan pada awal Januari bagi kemasukan sesi September dan oleh UiTM pada bulan Oktober bagi kemasukan sesi Mac.

KEPERLUAN AKADEMIK

Pelajar mestilah mendaftar kursus keperluan Universiti, fakulti dan program di dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula. Seseorang pelajar dikehendaki mengambil dan lulus semua mata pelajaran keperluan Universiti, fakulti dan program yang telah ditetapkan sebelum dianugerahkan Sarjana Muda.

JANGKA MASA PROGRAM

Jangka masa program peringkat Sarjana Muda ialah enam (6) hingga lapan (8) semester. Satu (1) semester bersamaan enam ( 6 ) bulan.

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali dalam setahun, iaitu pengambilan bagi sesi September dan Mac. Untuk sesi pengambilan September, pemohon dikehendaki membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan sesi pengambilan Mac pula dikendalikan sepenuhnya oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui http://online.uitm.edu.my dalam tempoh ditetapkan. Iklan pengambilan disiarkan oleh KPTM dalam akhbar tempatan pada awal Januari bagi kemasukan sesi September dan oleh UiTM pada bulan Oktober bagi kemasukan sesi Mac.

KEPERLUAN AKADEMIK

Pelajar mestilah mendaftar kursus keperluan Universiti, fakulti dan program di dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula. Seseorang pelajar dikehendaki mengambil dan lulus semua mata pelajaran keperluan Universiti, fakulti dan program yang telah ditetapkan sebelum dianugerahkan Sarjana Muda.

PANDUAN MEMILIH PROGRAM

Pemohon dinasihatkan agar membaca peraturan dan syarat kelayakan kemasukan dan memilih program yang sesuai dengan kelayakan pemohon untuk mengelak dari bersaing dengan pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik.

PANDUAN MEMILIH PROGRAM SEBAGAI PROGRAM PILIHAN

Pastikan hanya memilih program yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja.
Menyenaraikan pilihan program mengikut keutamaan.
Mendapatkan maklumat program yang hendak dipohon dengan membaca syarat-syarat khas program tersebut.
Sekiranya perlu boleh mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan dari Fakulti yang berkenaan, kaunselor atau kampus cawangan UiTM yang berhampiran.

PEMILIHAN CALON BERDASARKAN SISTEM MERITOKRASI

Tidak semua calon yang layak itu berjaya ditawarkan kerana bilangan tempat yang disediakan adalah terhad.
Tidak semua yang berjaya itu ditawarkan program pilihan kerana persaingan program yang dipohon.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah meritokrasi, klik di sini.

MENCETAK SURAT TAWARAN

Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran, bil bayaran serta dokumen penting di dalam laman web http://www.online.uitm.edu.my bagi tujuan pendaftaran dan pembayaran yuran di mana-mana cawangan Bank Islam.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian di UiTM adalah yuran yang paling rendah berbanding IPTA yang lain. Yuran yang dikenakan ke atas setiap pelajar mengikut kadar satu semester adalah RM 200. Bolehlah berfoya-foya dengan duit PINJAMAN ya tak?. Hihi.

KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN

Pada dasarnya bagi semua pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi adalah disediakan kolej kediaman pada tahun pertama pengajian. Namun selepas itu kebiasaanya ianya bergantung sama ada anda aktif atau sebaliknya. Jika sebaliknya bersedialah untuk mencari rumah sewa luar dari kampus.

BANTUAN KEWANGAN/ZAKAT

Bagi pelajar yang tergolong daripada golongan fakir miskin boleh mendapatkan bantuan kewangan/zakat. Permohonan hendaklah dibuat melalui surat kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar kampus masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga yang disahkan oleh Wakil Rakyat/Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung.

KAMPUS PENGAJIAN

Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di mana-mana kampus Universiti Teknologi MARA, di seluruh negara bergantung kepada program pengajian yang dijalankan. Berikut adalah senarai kampus UiTM di seluruh negara.

Kampus Satelit

  • Kampus UiTM Seksyen 17 (INTEC), Shah Alam, Selangor
  • Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
  • Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
  • Kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam,
  • Kampus UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor (Hospital pengajar untuk Fakulti Perubatan UiTM)
  • Kampus UiTM Dengkil, Selangor (Pusat Asasi UiTM)

Kampus Cawangan (Branch Campus)

  • Kampus UiTM Arau, Perlis
  • Kampus UiTM Dungun, Terengganu
  • Kampus UiTM Sri Iskandar, Perak
  • Kampus UiTM Samarahan, Sarawak
  • Kampus UiTM Sungai Petani, Kedah
  • Kampus UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka
  • Kampus UiTM Segamat, Johor
  • Kampus UiTM Jengka, Pahang
  • Kampus UiTM Machang, Kelantan
  • Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  • Kampus UiTM Jasin, Melaka
  • Kampus UiTM Bertam, Pulau Pinang
  • Kampus UiTM Bukit Besi, Terengganu
  • Kampus UiTM Tapah, Perak
  • Kampus UiTM Rembau, Negeri Sembilan
  • Kampus UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
  • Kampus UiTM Pasir Gudang, Johor
  • Kampus UiTM Teluk Intan, Perak
  • Kampus UiTM Chendering, Terengganu
  • Kampus UiTM Raub, Pahang

Kampus Bandar (City Campus)

  • Kampus UiTM Mukah, Sarawak
  • Kampus UiTM Tawau, Sabah
  • Kampus UiTM Johor Bahru, Johor
  • Kampus UiTM Raub, Pahang
  • Kampus UiTM Bukit Sekilau, Pahang
  • Kampus UiTM Alor Setar, Kedah
  • Kampus UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
  • Kampus UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
  • Kampus UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan

PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Senarai program pengajian beserta syarat kelayakan di UiTM. Bagi anda yang berminat mengetahui mengenai program pengajian dan syarat kelayakkan, anda boleh klik pautan di bawah mengikut kategori permohonan masing-masing.

MAKLUMAN PENTING : Pemohon kategori A adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja manakala Pemohon kategori B adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM  tahun 2014 atau 2015. Hanya dua kategori ini sahaja yang dibuka untuk permohonan UPU untuk pemohon lulusan SPM bagi sesi akademik 2017/2018.

Diharapkan dengan perkongsian ini membantu anda untuk membuat persediaan sebelum permohonan UPU dibuka kelak. Anda juga boleh memuat turun dan mencetak program serta kelayakan itu. Bagi perkongsian universiti awam yang seterusnya, nantikan dalam siri ke III iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Bagi yang terlepas Siri I, klik Siri I (UPSI). Kepada yang ingin mengetahui tip permohonan UPU dan puncanya gagal permohonan boleh klik di sini dan kepada yang ingin mengetahui mengenai pinjaman kewangan PTPTN untuk melanjutkan pengajian kelak, klik di sini. Semoga berjaya!

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad