UiTM Juara Liga IPT, Bakal Wakili Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak Universiti Dunia

SHAH ALAM – Pasukan bola sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia diberi tanggungjawab untuk mewakili negara dalam Kejohanan Bola Sepak Universiti Dunia yang akan diadakan pada tahun depan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, selaku juara Piala Institut Pengajian Tinggi (IPT), UiTM adalah pasukan paling layak untuk mewakili negara dalam kejohanan itu yang dijangka akan diadakan di China.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan untuk menghantar pasukan mana akan diputuskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

“Selaku juara Liga IPT, sudah sewajarnya pasukan kami yang dihantar untuk mewakili negara dalam kejohanan itu.

“Kita juga cukup bersedia untuk menggalas cabaran itu kerana pasukan kita mempunyai pelbagai peringkat, pengalaman yang luas selain Pusat Kecemerlangan Bola Sepak yang terletak di UiTM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis makan malam meraikan pasukan UiTM U19 yang menjuarai Liga IPT 2017.

Abdullah dalam pada itu memberitahu UiTM akan terus memberi tumpuan utama kepada Liga IPT walaupun pasukan bola sepaknya telah bertanding dalam Liga Perdana dan Piala Presiden.

“Bagi kita Liga IPT amat penting kerana di sinilah peranan kita yang sebenar iaitu melahirkan pemain bola sepak profesional sejajar dengan tuntutan KPT yang menempatkan Pusat Kecemerlangan Bola Sepak di UiTM.

“Kejayaan pasukan ini juga ialah bayangan dan cerminan sebenar prestasi pasukan bola sepak UiTM dan sebab itu juga jangan anggap kejohanan ini kelas kedua,” jelasnya.

Tambahnya, pemain UiTM U19 juga mempunyai peluang untuk menyerlah ke peringkat lebih tinggi yang mana mereka hanya perlu bekerja lebih keras, disiplin dan tidak gelojoh. – Utusan

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad