Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang 2017

TENTANG BIASISWA

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

TARIKH TUTUP

Aug 30, 2017

KRITERIA

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
  • Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.
  • Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
  • Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
  • Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi tidak layak memohon.
  • Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
  • Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya)

AMAUN

Jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus:

  • Ijazah Sains RM 6,000 setahun
  • Ijazah Sastera RM 5,000 setahun
  • Diploma Lanjutan Sains RM 5,000 setahun
  • Diploma Lanjutan Sastera RM 4,000 setahun
  • Diploma RM 4,000 setahun
  • Sijil RM 2,000 setahun

Pinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:

  • Ijazah (Sains) – Kadar setahun RM 5,000, maksimum jangkamasa 5 tahun
  • Ijazah (Sastera) – Kadar setahun RM 4,000, maksimum jangkamasa 4 tahun
  • Diploma- Kadar setahun RM 3,000, maksimum jangkamasa 3 tahun
  • Sarjana (pengajian dalam negara sahaja) – Kadar RM6,500 setahun, jangkamasa maksimum 3 tahun
  • PHD (Pengajian dalam negara sahaja) RM 8,000 setahun, jangkamasa maksimum 3 tahun

JURUSAN

Semua jurusan

CARA MEMOHON

Permohonan adalah secara online dan pemohon perlu lampirkan dokumen-dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA / IPTS)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
  • Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
  • Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
  • Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi
  • Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan.

Faedah yang dikenakan 1% (setahun) selama 5 tahun. Seorang Penjamin Bergaji RM1,000 ke atas diperlukan apabila Surat Perjanjian ditandatangani. Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut : https://epp.penang.gov.my

Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran.

Kemaskini borang adalah selama 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan dan dihantar dalam tempoh 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:

LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT NEGERI PULAU PINANG,

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,

PARAS 29, KOMTAR,

10503 PULAU PINANG

HUBUNGI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad