Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan sagu hati FELDA kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih.
Tarikh Tutup
31 Ogos 2017
Kriteria
Syarat kelayakan permohonan SIAP adalah seperti berikut;
- Terbuka hanya kepada Anak Peneroka, Anak Tiri Peneroka atau Anak Angkat Peneroka yang berdaftar secara sah (sertakan salinan surat pendaftaran atau surat pengesahan)
- Mendapat tawaran peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih
- Had Umur – Diploma (18 – 23 tahun)
- Ijazah (18 – 25 tahun)
Jurusan
Semua bidang pengajian yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS yang berdaftar di bawah MQA
Cara Memohon
Permohonan insentif ini mestilah dibuat di Pejabat Rancangan FELDA masing-masing dengan mengemukakan salinan dokumen tersebut yang telah disahkan seperti berikut :
- Surat tawaran rasmi kemasukan ke IPTA / IPTS yang terpilih
- Kad Pengenalan pemohon
- Kad Pengenalan Peneroka (ayah, ibu, atau penjaga)
- Penyata Pendapatan peneroka (paysheet) terkini
Pemohon yang tidak layak mendapat bantuan ini adalah seperti berikut:
- Peneroka atau anak peneroka yang menetap di luar rancangan
- Pelajar yang mendapat tawaran ke Matrikulasi / Program Asasi
- Pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat Sijil / Pra / Matrikulasi / Asasi (Foundation) /Briged politeknik / Sarjana (Master) / Doktor Falsafah (PhD)
- Pelajar di bawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Program separuh masa (part-time) / pemohon yang telah bekerja
- Penerima Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara FELDA / pelajar yang mengikuti Kursus Latihan Kemahiran FELDA