Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Tamatkan Pengajian Walaupun Sarat Mengandung

Assalamualaikum w.b.t, disini aku ingin kongsikan kisah ku sebagai alumni UiTM dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam.

Aku merupakan pelajar UiTM tahun 2013-2016. 2 jun 2013 aku dihantar oleh keluarga untuk sambung belajar di UiTM Dungun, di negeri kelahiranku sendiri. Sungguh tak dapat kulupakan kenangan-kenangan di UiTM dungun bersama rakan2 ku dengan suasana kampus nya yang sangat tenang berhampiran pantai.

Habis semester kedua iaitu tahun 2014, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang 8 tahun lebih tua dariku. Aku masih teruskan pelajaran ku di Dungun, sementara suamiku bekerja di Kuala Lumpur.

Kami berjauhan untuk beberapa ketika hanya bertemu ketika cuti sahaja. Ketika semester kelima, aku disahkan hamil ketika peperiksaan akhir semester. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya dengan jayanya tanpa sebarang gangguan.

Semester akhir, iaitu semester keenam fakulti sains pentadbiran pengajian polisi terpaksa dipindahkan ke kampus baharu di Raub Pahang. Ketika itu aku sedang sarat, namun aku teruskan perjuanganku untuk habiskan pengajianku walaupun masih berjauhan dengan suami.

Aku diberi kekuatan untuk terus berjuang demi membanggakan keluarga ku yang ingin melihat anaknya berjaya tamat pengajian di universiti. Aku juga dikurniakan sahabat-sahabat dan juga pensyarah yang sangat memahami.

14 april 2016 aku sedang menghadapi peperiksaan kertas akhir untuk semester terakhir. Tarikh jangkaan untuk aku melahirkan hanya lebih kurang dua minggu dari tarikh peperiksaan akhir yang ku ambil.

Alhamdulillah, 26 april 2016 aku selamat melahirkan seorang anak lelaki. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk aku menghabiskan pengajian ku sebelum aku bersalin.

Impian untuk menghadiri majlis konvokesyen bersama anakku dimakbulkan. Jika dulu aku dihantar belajar ke UiTM oleh keluargaku, tetapi ketika majlis konvokesyen aku ditemani oleh keluargaku, keluarga mertua, suami dan juga anak.


17 april 2017 aku rasmi menjadi alumni UiTM dalam jurusan diploma pentadbiran awam.

“Kejayaan seorang ibu adalah kerana anaknya”

 

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

Register.
Enjoy 10% Discount.

1 thought on “Tamatkan Pengajian Walaupun Sarat Mengandung”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad