ALOR GAJAH 30 MAC – Pekan di daerah ini dan beberapa kawasan lain termasuk kampus Universiti Teknologi Mara, Lendu banjir berikutan hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak awal pagi semalam.
Kawasan yang dinaiki air adalah Pengkalan, Rembia, Lendu dan Panchor manakala turut terjejas di Masjid Tanah adalah Kampung Durian Daun.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, ia ekoran air di Empangan Kampung Durian Daun melimpah menyebabkan jalan-jalan utama banjir dan terpaksa ditutup sementara.
“Setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka namun semua pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Alor Gajah, APM serta pihak bomba dan penyelamat sedang memantau keadaan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.
Reaksi Para Pelajar Kampus UiTM Lendu Yang Mencuit Hati
https://twitter.com/ndiazlkfli/status/847257835624738817
padang bola lendu tenggelam sampai ada orang kayak la sial pic.twitter.com/CJTbZm8C9m
— brina (@siapasabrina) March 30, 2017