UiTM, UM, UKM Disenarai Universiti Dengan Graduan Terbaik Dunia Untuk Memenuhi Tenaga Kerja 2018

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Bukan satu tetapi tiga universiti kebangsaan yang telah disenaraikan di antara 500 institusi pengajian tinggi terbaik di dunia dalam edisi ketiga QS Graduate Employability Rankings 2018.

Senarai QS Graduate Employability Rankings 2018. yang dikeluarkan semalam mendedahkan bahawa Universiti Malaya (UM) berjaya memasuki kedudukan 201 hingga 250 band ranking tersebut.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), adalah dua universiti kebangsaan yang lain yang berjaya mencapai tahap kedudukan 301 hingga 500.

Pengarah Penyelidikan QS, Ben Sowter berkata ranking itu direka untuk membantu calon pelajar membuat perbandingan global berdasarkan maklumat yang diberi mengenai memilih universiti, laporan NST.

“Keputusan ini menunjukkan bahawa universiti tidak boleh bergantung pada reputasi semata-mata. Mereka juga perlu memastikan bahawa mereka komited dalam kaedah pengajaran yang inovatif, secara proaktif memupuk hubungan dari konteks perniagaan, sambil menyediakan pelbagai peluang untuk pelajar agar dapat menemui majikan yang berpotensi di masa hadapan , “jelasnya.

Menurut QS, penanda ukuran adalah Reputasi Majikan; Hasil Alumni; Perkongsian dengan Majikan; Sambungan Majikan-Siswa dan Kadar Pekerjaan Siswazah. Walaupun mempunyai bilangan pelajar yang lebih ramai berbanding universiti-universiti lain dalam senarai tersebut, ia tidak menghalang UiTM untuk mengungguli senarai tersebut.

Bermula sebagai Dewan Latehan RIDA dengan 50 pelajar dalam ambilan pertama 60 tahun lalu, kini Universiti Teknologi MARA (UITM) muncul antara institusi terbaik negara ini yang menawarkan 500 program peringkat asasi hingga pascasiswazah dan menempatkan 168,000 pelajar bumiputera serta antarabangsa. UITM juga bertindak sebagai pengimbang pembabitan bumiputera dalam pelbagai bidang di negara ini.

Selain daripada kadar pekerjaan, skor universiti dikira berdasarkan reputasi majikan, perkongsian dengan majikan, kehadiran majikan di kampus, dan keberhasilan alumni.

Stanford University sekali lagi mengekal tempat teratas untuk tempoh dua tahun berturut-turut. Malah, universiti Amerika mengungguli tempat tiga teratas.

Sementara itu, universiti-universiti di Australia menduduki senarai Top 10 termasuk Universiti Tsinghua China yang menduduki ke tempat ke-10.

Sumber – News Strait Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE